fbpx

Kajian demi kajian kos sara hidup (kemaskini September 2023)

  • 6 months ago
  • 3Minutes
  • 442Words
  • 502Views

Alhamdulillah, sejak 10 tahun, kerajaan sudah mengambil banyak tindakan untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat.

ZAMAN KERAJAAN BN

18 Disember 2013: Kerajaan bercadang untuk menubuhkan makmal kos sara hidup – Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

28 Disember 2015: Jawatankuasa kos sara hidup akan ditubuhkan – Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

9 Disember 2017: Kerajaan setuju tubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup – Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KERAJAAN KERAJAAN PH

25 Januari 2019: Kementerian memulakan kajian lebih komprehensif mengenai punca peningkatan kos sara hidup – Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

KERAJAAN PN

29 Jun 2022: Kabinet membentuk Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi – Ismail Sabri, Perdana Menteri

18 Julai 2022: Dewan Rakyat membincangkan isu kos sara hidup dan barangan naik.

KERAJAAN PHBN

26 November 2022: PMX mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Kos Sara Hidup.

24 Disember 2022: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas pantau kos sara hidup – Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

27 Disember 2023 : Solusi tangani kos sara hidup bakal dilaksanakan pada Januari 2023 – kenyataan bersama Salehudin Ayub (Allahyarham) dan Rafizi Ramli (Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup dan Menteri Ekonomi)

16 Mac 2023: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan oleh kerajaan sebelum itu dibubarkan – Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

11 April 2023: Kos sara hidup terus jadi tumpuan kerajaan – Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun kajian demi kajian dijalankan akhirnya ia diterima sebagai cadangan untuk membuat kajian baru.

Suka saya cadangkan kepada kerajaan beberapa lagi institusi untuk memantapkan lagi usaha-usaha kajian yang dibuat.

Selain daripada makmal, jawatankuasa dan Majlis Tindakan Kos Satra Hidup, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Jawatankuasa Khas Pantau Kos Sara Hidup ada beberapa lagi institusi yang sesuai ditubuhkan, antaranya ialah:

  • ✔️ Tadika Sara Hidup
  • ✔️ Sekolah Rendah Sara Hidup
  • ✔️ Sekolah Menengah Sains Sara Hidup
  • ✔️ Maktab Rendah Sains Sara Hidup
  • ✔️ Institut Pengajian Kos Sara Hidup
  • ✔️ Jabatan Kaji Sara Hidup
  • ✔️ Fakulti Pengajian Sara Hidup Rakyat
  • ✔️ Kolej Universiti Sara Hidup Malaysia
  • ✔️ Universiti Kajian Sara Hidup Malaysia
  • ✔️ Duta Khas Bertaraf Menteri Kaji Sara Hidup
  • ✔️ Kementerian Khas Kajian Sara Hidup

Dengan adanya institusi-institusi di atas, saya yakin kos sara hidup rakyat akan semakin mudah untuk dikaji setiap tahun.

Rumusan:

2013 Cadang (KJ)

2015 Akan ditubuhkan (Zahid Hamidi)

2017 Setuju (Hamzah Zainuddin)

2018 Tukar kerajaan, tukar PM

2019 Mula kajian (Saifuddin Nasution)

2022 Tukar kerajaan, tukar PM

2022 Bentuk pasukan Jihad (Ismail Sabri)

2022 Bincang isu (Dewan Rakyat)

Tukar kerajaan, tukar PM

2022 Mesyuarat khas (PMX)

2022 Tubuh jawatankuasa (Zahid lagi)

2023 Bakal dilaksanakan (Salehudin Ayub & Rafizi)

2023 Akan rangka strategi (Rafizi)

2023 Bubar pasukan jihad (Fuziah Salleh)

2023 Tumpuan kerajaan (Rafizi Ramli)

Bercukurlah teman-teman, Malaysia masih aman.

Janji dicapati.

Ada cadangan tambahan? Boleh berikan komen.

Jika Kementerian Khas Kaji Kos Sara Hidup, siapakah calon yang layak? Boleh komen.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hidup ibarat secawan kopi. Fokus kepada kopinya, bukan cawannya. Apabila…