Soalan yang paling kerap ditanya kepada saya apabila saya berkongsi tentang perancangan kewangan, teruatama apabilamasuk bab pelaburan ialah;

“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”.

Sebelum saya kongsikan jawapan saya, molek saya kongsikan senario yg berlaku.

Sekitar tahun 2009-2010, ketika saham amanah meningkat naik, ramai berpusu-pusu membeli saham-saham unit amanah sbg portfolio pelaburan.

Kemudian, pada 2011-2012, apabila harga emas memuncak, ramai pula menceburkan diri dalam pelaburan emas.

Menjelang 2012-2013 pula harga hartanah pula yang meningkat, lalu ramai pula mencuba menjadi pelabur hartanah.

Bermula 2013 hingga tahun ini 2014 menyaksikan pasaran saham mula meningkat, maka ramai pula menjadi pemain saham, menjadi peminat stock-market dan berebut-rebut membeli saham di papan-papan utama.

Kini 2014, ura-ura harga getah meningkat, tidak mustahil pula pelaburan getah akan mula muncul dan ramailah pelabur-pelabur bergetah selepas ini 🙂

Pakar Pelaburan

Menariknya, di setiap “musim” akan muncul “pakar” dalam bidang berkenaan bagai cendawan selepas hujan.

Lebih menarik lagi, ada pakar yang sama dalam setiap musim.

Ketika musim emas, dia menjadi pakar emas dan memberi ceramah tentang emas, menganjurkan program pelaburan emas dan menggalakkan orang ramai membeli emas. Apabila musim saham, tiba-tiba dia bertukar menjadi pakar saham pula, menganjurkan program pelaburan saham dan menggalakkan orang ramai membeli saham.

Ketika musim emas, di menjadi ejen jualan emas, ketika musim saham dia menjadi broker saham.

Siapa yang paling untung? Tentulah si pakar tadi sebab di setiap musim, dia meraih keuntungan dalam setiap program anjurannya, dan hasil jualan produk pelaburannya 🙂

Oh ya, dalam setiap musim juga akan muncul oppurtunis yang mengambil kesempatan daripada pelabur-pelabur baru yang naif dalam bidang pelaburan.

Tidak hairan muncul skim pelaburan pelik-pelik; pelaburan emas delay, pembelian rumah dengan harga RM89,000 untuk sebiji banglo, skim pelaburan ikan arowana, skim pelaburan burung unta, skim pelaburan saham meragukan, skim pelaburan getah dan pelbagai lagi skim-skim lain yang kebanyakannya adalah skim cepat kaya lain.

Pelaburan ILMU

Sebenarnya, jawapan bagi persoalan;

“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”.

…Jawapannya ialah “Pelaburan ILMU”.

Namun, ada segelintir yg skeptikal.

Tambah menyedihkan, ada yang pernah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit, tapi apabila dicadangkan menuntut ilmu dengan yuran seratus dua, mengeluh mahal. Walhal, dengan pelaburan seratus dua inilah yang menyelamatkan wang para pelabur hangus terbakar begitu sahaja.

Pelaburan ilmu merupakan pelaburan yang paling menguntungkan. Sebagai contoh, pelaburan untuk melahirkan seorang graduan perubatan sebelum menjadi doktor adalah sekitar RM80,000 hingga RM150,00 selama 5 tahun. Dengan “pelaburan ilmu” sebanyak itu, graduan perubatan itu layak menjadi doktor dengan gaji permulaan sekitar RM5,000 sebulan. Jika gajinya tidak meningkat, hanya memerlukan masa dua hingga tiga tahun sahaja untuk “balik modal”, dan selepas itu keuntungan bersih.

Perkara sama untuk peaburan-pelaburan lain.

Sebagai contoh; sebelum melabur dalam saham, melabur dalam ilmu pelaburan saham. Menghadiri kursus-kursus yang mengajar pelaburan saham, membeli buku-buku berkenaan pelaburan saham, berguru dengan pelabur-pelabur saham yang sudah berjaya.

Perkara sama dalam pelaburan-pelaburan lain; emas, hartanah, pemasaran internet, malah dalam peaburan burung unta atau pelaburan getah sekalipun!

Menuntut Ilmu MESTI Berguru

Setiap bidang pelaburan ada disiplin ilmunya. Setiap ilmu, ada guru dan otainya.

Pelaburan saham, ada pakarnya. Pelaburan emas, ada pakar pelaburan emasnya. Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti hartanah, emas dan lain-lain.

Jadi, untuk mendapatkan ilmu supaya beroleh keuntungan dalam pelaburan maka rujukan utama ialah kpd pakar berkenaan.

Cara membezakan pakar pelaburan yang benar-benar pakar dengan pakar jadi-jadian ialah melihat sudah sejauh mana mereka dlm bidang mereka, dan berapa banyak untung portfolio mereka.

Mereka konsisten dalam bidang mereka tidak kira pasaran naik ataupun turun.

Pakar pelaburan saham, memulakan pelaburan saham ketika pasaran saham biasa-biasa, dan mengaut keuntungan ketika pasaran saham meningkat naik.

Begitu juga pakar pelabur hartanah, mula melabur dalam hartanah, membeli rumah ketika harga rumah biasa-biasa. Ketika harga hartanah meningkat dan ketika orang-orang lain berebut membelinya, pakar hartanah hanya tersenyum memperoleh keuntungan.

Ini baru betul pakar!

pelaburan underground header

Seminar Strategi Pelabur Underground: Pakar Pelaburan Berkumpul

Antara pelaburan ilmu yang sangat berbaloi-baloi ialah di Seminar Strategi Pelaburan Underground.

Ia mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang dan ilmu, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Yurannya hanyalah RM299 atau berkumpulan 3 orang hanya RM399.

Mahal?

Sebenarnya tidaklah mahal berbanding kes-kes kerugian pelaburan lantaran melabur tanpa ilmu.

Atau, dengan berjimat RM4.45 sehari selama sebulan utk mengumpul RM133 sebagai yuran pelaburan ilmu ini.

Jika bajet makan anda sehari RM20, maka anda hanya perlu mengurangkan perbelanjaan makan kepada RM15.55 sahaja sehari untuk berjimat RM4.45 dan saya pasti anda tidak akan kebuluran apabila menukar bajet tersebut.

Jadi, dengan “bajet tidak kebulur’ tersebut, anda sudah mampu untuk menghadiri Seminar Strategi Pelaburan Underground!

Jadi, daftar segera di http://www.pelaburunderground.net

pelaburan underground pu-2014-5orang

p/s: Saya akan hadir, insyaAllah.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?