Polisi Takaful Untuk Orang Bisnes : Insurans Key-Man

Tahukah anda, wujudnya satu konsep insurans / takaful khas utk orang bisnes para usahawan yang boleh membantu kestabilan syarikat dan staf sekiranya berlaku musibah terhadap pemilik bisnes atau “keyman” (orang penting) syarikat?
Itulah ia “key man insurance / takaful.

KONSEP INSURANS KEY-MAN

Konsepnya begini;

– Syarikat melanggan polisi takaful / insurans keyman ini utk seorang atau lebih staf yang menjadi orang penting syarikat.

– Orang penting (keyman) itu mungkin pemilik bisnes, ahli lembaga pengarah atau staf kanan syarikat yang banyak memberi sumbangan kepada syarikat.

– Caruman polisi tersebut dibayar oleh pihak syarikat, utk memberi perlindungan kewangan terhadap orang penting / keyman tersebut.

– Yang menariknya, bayaran caruman tersebut boleh dibuat pelepasan cukai berdasarkan Ketetapan Umum No. 2/2003 Lembaga Hasil Dalam Negeri.

– Sekiranya berlaku kematian ke atas orang yang dilindungi tadi, pampasan akan dibayar atas nama syarikat.

Rujuk http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU2_2003.pdf

KEPENTINGAN INSURANS KEY-MAN

Apa pentingnya “key-man insurance / takaful” ini?

– Polisi ini menjaga kepentingan bisnes di dalam syarikat sekiranya berlaku musibah kematian terhadap key-man / orang penting tadi.

– Ia sebagai persediaan sekiranya syarikat utk mengelakkan kehilangan keuntungan masa hadapan yg sepatutnya diperolehi sekiranya orang penting yang dilindungi masih ada.

– Ia juga utk melindungi saham-saham yang dimiliki oleh “key-man” atau orang penting tadi supaya syarikat boleh membeli balik saham tersebut daripada waris “key-man” selepas meninggal dunia.

– Pampasan polisi ini juga boleh digunakan oleh pihak syarikat utk memberi kepada waris “key-man” sebagai tanda penghormatan dan utk kebajikan keluarga orang penting yg meninggal dunia.

– Aset tunai utk membayar hutang-piutang sekiranya syarikat perlu ditutup selepas kehilangan orang penting. Ini selalunya utk kes bisnes jenis sole-proprietorship atau milikan tunggal.

SIAPAKAH KEY-MAN?

Bagaimana seseorang itu ditentukan sebagai key-man?

“Acid-test” yang boleh digunakan ialah dengan ajukan soalan “Apa akan terjadi kepada syarikat sekiranya beliau meninggal dunia atau lumpuh?”

 Jika jawapannya; “Tidak memberi kesan besar kepada syarikat”, maka individu tersebut tidak dikategorikan sebagai key-man.

 Jika jawapannya; “Ya, ketiadaan individu tersebut akan memberi kesan kepada syarikat”, maka individu terbabit sesuai utk dikategorikan sebagai key-man.

CONTOH INDIVIDU KEY-MAN

Selalunya yang boleh dikategorikan sebagai key-man ialah;

1. Pemilik syarikat
Selaku pemilik, sudah tentu strategi dan hala tuju syarikat di dalam tangannya. Jika berlaku kematian kepadanya, akan memberi kesan kepada perjalanan operasi syarikat. Lebih-lebih lagi sekiranya milikan tunggal, atau sole-proprietors. Atau syarikat Sdn Bhd yang dimiliki oleh pasangan suami-isteri dengan pasangan hanyalah sebagai rakan-kongsi pasif.

Contoh bisnes milikan tunggal seperti kedai runcit, doktor, ejen hartanah, ejen unit trust, ejen takaful, freelancer, dll

2. Pengarah syarikat
Selaku pemegang saham di dalam syarikat, sekiranya berlaku kematian kepada beliau, saham yang dimilikinya akan menjadi milik ahli waris. Kemudian, sudah tentu ahli waris berhak membuat tuntutan terhadap saham yang dimiki oleh si mati tadi atau mengantikan tempat si mati sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Jadi dalam situasi ini, dengan mengambil polsii “key-man insurnas” lebih awal.

Sekiranya syarikat tidak bersedia dgn polisi insurans key-man, pilihan yang syarikat ada ialah;

a. sama ada membeli saham yang dipunyai oleh si mati yg kini menjadi milik waris, atau

b. mengambil ahli waris sebagai ahli lembaga pengarah menggantikan tempat si mati.

Jika pilihan pertama diambil, syarikat perlu mencairkan aset syarikat dan sudah tentu pilihan tersebut sukar dilaksanakan kerana selalunya majoriti aset bisnes bukanlah aset cair dan aset cair atau aset tunai selalunya digunakan utk operasi syarikat.

Pilihan kedua pula, akan menyusahkan ahli lembaga pengarah lain kerana keberadaan bekas ahli lembaga pengarah yang meninggal tadi adalah atas kapasiti individu dan sudah tentu pengalaman dan kemampuan itu tidak boleh ditukar-ganti oleh orang lain, lebih-lebih lagi yg tiada pengalaman bisnes.

Jadi, pilihan yang terbaik ialah dengan mengambil polisi insurans atau takaful key-man lebih awal.

3. Pengurus Syarikat
Dalam bisnes korporat, pengurus syarikat memainkan peranan penting utk membawa jualan kepada syarikat dan kehilangannya memungkinkan kehilangan kepercayaan pelabur atau pelanggan syarikat. Jadi, dengan insurans key-man, kehilangan tersebut dapat diatasi dengan jumlah pampasan yg disediakan.

4. Pengurus Pemasaran.
Hampir sama dengan pengurus syarikat, bahagian pemasaran syarikat memainkan peranan utk membawa masuk jualan setiap bulan. Kehilangan individu penting dalam bahagian pemasaran, akan menyebabkan jualan syarikat akan terjejas maka insurans key-man ini menyediakan pampasan bagi menggantikan kerugian tersebut.

5. Mana-mana individu yang difikirkan sesuai oleh syarikat.

SAMPEL KES KEY-MAN

SAMPEL KES 1:

Ali merupakan pemilik syarikat Alley Sdn Bhd yg didaftarkan bersama isterinya Aliah, yg hanya sebagai rakan kongsi pasif. Jadi Alley Sdn Bhd mengambil polisi insurans key-man utk Ali sebagai persediaan sekiranya berlaku kematian kepada Ali utk membayar hutang piutang syarikat.

Pampasan insurans key-man ini juga adalah utk menggantikan keuntungan akan datang yang turut hilang jika berlaku kematian kepada Ali, yang akan dibayar kepada isterinya, Aliah. Jika syarikat terpaksa ditutup, kebajikan ahli keluarga Ali dan Aliah masih terjaga dengan pampasan tersebut.

SAMPEL KES 2:

Mamat merupakan pemilik kedai M-Mart Shop. Ia didaftarkan sebagai milikan tunggal. Mamat mengambil polisi takaful key-man utk tujuan pengecualian cukai dan sebagai persediaan sekiranya berlaku musibah utk dirinya. Memandangkan ia syarikat jenis milikan tunggal maka kebarangkalian besar syarikat ditutup selepas ketiadaan Mamat amat besar. Jika syarikat terpaksa ditutup, kebajikan ahli keluarga Mamat masih terjaga dengan pampasan tersebut.

SAMPEL KES 3:

Syarikat Afyanelofazura Hijabisters Sdn Bhd membayar polisi insurans key-man utk beberapa ahli pengarah berdasarkan peratusan saham yang dimiliki oleh mereka iaitu Afyan (50%), Neelofah (25%) dan Fazurah (25%) dengan jumlah coverage sebanyak RM10,000,000 dan caruman sebanyak RM40,000 setahun.

Caruman RM40,000 tersebut boleh dikecualikan cukai dan pampasan setiap individu akan dibayar kepada syarikat sekiranya berlaku kematian ke atas mereka. Pampasan tersebut akan digunakan oleh syarikat utk membeli saham daripada waris supaya tidak mengganggu perjalanan syarikat.

SAMPEL KES 4:

Fattah Aiman ialah pengurus pemasaran Afyanelofazura Hijabisters Sdn Bhd. Setiap bulan Fattah Aiman membawa masuk sales syarikat sebanyak RM1 juta.

Ahli lembaga pengarah syarikat mengambil serius keberadaan Fattah di dalam syarikat sebagai orang penting. Ahli lembaga syarikat berpandangan bahawa sekiranya musibah berlaku kepada syarikat, jualan syarikat akan terjejas jadi mereka bersetuju utk melanggan polisi insurans key-man utk Fattah.

Insurans key-man diambil oleh syarikat utk Fattah sebagai persediaan sekiranya berlaku kematian kepada beliau, pampasan akan diterima oleh syarikat utk melindungi keuntungan yang mereka mungkin hilang dan juga utk diberikan kepada ahli keluarga Fattah sebagai tanda penghargaan.

Fattah berasa seronok kerana kebajikannya terjaga sepanjang bekerja di syarikat Afyanelofazura Sdn Bhd

POLISI YANG BAGAIMANA SESUAI UTK DIJADIKAN SEBAGAI INSURANS KEY-MAN?
Bukan semua produk takaful boleh dijadikan sebagai insurans key-man.

Ia termaktub dalam Ketetapan Umum No. 2/2003 Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Rujuk http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU2_2003.pdf

Rujuk juga gambar pertama hingga ke-3.

Hanya polisi jenis takaful bertempoh atau term takaful dan polisi kemalangan diri atau jenis P.A (personal accident) sahaja yang sesuai dan dibolehkan pengecualian cukai utk kategori ini.

Jika produk takaful jenis investment-link, atau endowmen – tidak boleh dikategorikan sebagai key-man insurans.

Contoh proposal, rujuk gambar ke-4 dan ke-5

Proposal 1 (gambar 4) utk peserta berusia 35 tahun;
– Pampasan kematian RM1,000,000
– Lumpuh kekal RM1,000,000
– Tempoh 20 tahun
– Sumbangan hanya RM4,090 setahun (atau bulanan RM357.88)

Proposal 2 (gambar 5) utk peserta berusia 35 tahun;
– Pampasan kematian RM1,000,000
– Lumpuh kekal RM1,000,000
– Sakit kritikal RM1,000,000
– Tempoh 20 tahun
– Sumbangan hanya RM7,842 setahun (atau bulanan RM686.18)

Berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang key-man insurance / takaful ini? PM ke m.me/afyan.ifp

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?