fbpx

Selesai Program Back 2 Basic-Unit Trust

Cerita semalam, training Back2Basic: Unit Trust bagi Team #INFAQInvestment oleh Tuan Ridzuan Idris dan Tuan Mohd Rosyaidi.

Dalam training ini, para peserta didedahkan perkara-perkara asas tentang unit amanah;

1. Asas unit trust
– Konsep pelaburan unit trust
– Perbezaan unit trust dengan pelaburan lain
– Kelebihan dan kekurangan unit trust

2. Fund Fact Sheet: “Surat Beranak” setiap dana unit trust
– Apakah Fund Fact Sheet / Helaian Fakta Dana?
– Cara membaca maklumat penting daripada Fund Fact seperti; Volatility, Asset Allocation, Fund Category, dll
– Membaca Fund Fact Sheet adalah perkara WAJIB sebelum melabur unit trust bagi menyesuaikan diri pelabur berdasarkan profil risiko.

3. Penggunaan Financial Calculator & Pocket Calculator
– Cara mengira keuntungan unit trust
– Cara mengira annualize return
– Perbezaan annualize return dengan simple ROI yg ramai terkeliru sehingga menyebabkan rerur rendah dilihat tinggi

4. Penggunaan independant research house dalam menganalisis unit trust
– Membuat analisa dan perbandingan unit trust menggunakan Bloomberg, Lipper, Novagni dan Morningstar
– Perbandingan dana-dana unit trust yg ada di Malaysia.
– Cara menilai sendiri (DIY) dana unit trust yg ada dalam pasaran Malaysia berpandukan badan research yg bebas dan tidak terikat dgn mana-mana syarikat unit trust.

Sejak 2016, program ini saya adakan untuk para konsultan baru di INFAQ Consultancy.

Bermula Disember 2017 lepas, kami buka kepada orang awam dari kalangan pelabur dan konsultan luar, menerima sambutan yang menggalakkan.

Ini kali kedua diadakan pada tahun ini, selepas kali pertama diadakan tahun lepas pada bulan Disember.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com