Tidak Semua Boleh Pakai Title ‘Financial Planner’

Bukan semua orang boleh pakai title “Financial Planner” atau “Financial Advisor”.

Hatta yang ada IFP, RFP, CFP pun tak boleh pakai mudah-mudah.

Tapi ada yang baru lulus exam TBE, baru dapat keputusan CUTE dah pakai title Your Best Financial Planner Of The World Of Wakanda. (Ok, ini sarkastik. Selalunya tak panjang macam ni)

Tulis je ejen takaful. Ejen unit trust. Nak nampak English, boleh la tulis Takaful Consultant atau Unit Trust Consultant.

Tak perlu guna terma “Financial Planner”. Bak pakai boleh, kena mohon dan ada step tertentu.

Saya dulu pun tak tahu juga. Jadi posting ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri.

Masa lulus IFP dulu, terus nak pakai title “The Best Financial Planner Of Wakanda”

Tapi sekarang lebih senang saya guna title di bawah.

– Afyan, ejen cabuk.

Tidak Semua Boleh Pakai Title 'Financial Planner'

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com