fbpx

10 Tahun Bayar Hutang Rumah, Baki Pokok Hanya Kurang RM2,000!

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 287Words
  • 962Views

Kisah benar daripada seorang sahabat, Tuan Razali Muda

10 tahun bayar hutang rumah dengan ansuran RM600 sebulan, hutang bank hanya berkurangan dari RM139,000 ke RM137,000 sahaja.

Berkurangan RM2,000 sahaja dalam masa 10 tahun walaupun dah bayar sebanyak RM 70,000!

Bermakna, hanya RM2,000 sahaja bayar pokok dan RM68,000 bayar profit (disebut “interest” jika konvensional) dalam tempoh tersebut.

Saya bersimpati atas apa yang berlaku.

Saya pernah kongsi perkara seumpama ini 

6 bulan bayar tapi tak kurang walau RM1-part 1

6 bulan bayar tapi tak kurang walau RM1-part2

Apalah Itu Default Clause?

Ada beberapa punca terjadi perkara tersebut.

Antaranya ialah disebabkan melanggar “default clause” yang ada dalam offer letter.

Atau mungkin juga disebabkan kenaikan BFR, tapi pelanggan membayar jumlah amaun ansuran yang sama.

Detail ada dikongsi dalam tulisan-tulisan di atas.

Ia ditulis sekitar bulan Oktober lepas, kira-kira 2 bulan lalu.

Sejak dari itu saya menyertai satu NGO yang menangani isu-isu sebegini. Saya belum pernah kongsikan lagi perkara ini di FB.

Melalui NGO tersebut, saya mengikuti banyak kes seumpama ini dan dikongsi juga cara-cara untuk menanganinya.

Majoriti yang menyertainya adalah kaum bukan Melayu. Melayu hanya sekitar 15% sahaja. Boleh dibilang dengan jari jumlah orang kita setiap kali saya menghadirinya.

Yang menariknya, ramai juga kalangan banker yang berkongsi pengalaman tentang isu-isu yang dibangkitkan berhubung isu seumpama di atas.

Ia bukan percuma, ada kos tertentu. NGO tersebut menyediakan perkhidmatan untuk memendekkan pinjaman perumahan daripada majoriti bank di Malaysia.

Ada kos untuk mendapatkan perkhidmatan beserta aplikasi untuk memantau proses memendekkan tempoh pembiayaan tersebut. Tapi tidaklah setinggi instalment yang dibayar. Dan untuk jangka masa panjang, ia boleh menjimatkan 25% ke 75% profit (dalam konvensional disebut sebagai “interest”) yang dibayar kepada bank.

Setakat ini saya kongsikan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Ramai ke yg berminat nak tahu lebih lanjut?

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari FB Akiff Radzi MINYAK NAIK 1 SEN…