August 30, 2024
Isu halal Bungkus Kaw Kaw: Penjelasan dari pihak syarikat

Ketika kecoh isu Bungkus Kaw-Kaw minggu kepas, saya update satu posting ringkas “Kenapa Bungkus Kaw Kaw masih dalam proses persediaan bagi permohonan sijil halal sedangkan banyak outlet sudah lama beroperasi?” Untuk bertabayyun, saya hantar persoalan sama ke kotak mesej FB mereka. Mereka respon dengan baik dan memohon untuk menghubungi saya melalui telefon untuk membuat penjelasan.