fbpx

Month: June 2025

Jangan diam bila faraid diperkecilkan

Rakan-rakan ejen takaful sekalian, kalau ternampak ada ejen yang mempromosi takaful sambil memperlekehkan sistem faraid, tolong jangan diamkan. Tegurlah dan jangan biarkan ia berleluasa. Kalau saya yang tegur, nanti ada yang kata saya nak cari gaduh, tak berhikmah, keruhkan suasana, atau nak jual buku. Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Saya tegur bukan benci. Saya tegur sebab peduli

Asalnya, ada seorang yang memuat naik tangkap layar komen-komen ejen takaful yang mengecam saya, lalu dikongsikan di ruangan komen posting saya sendiri. Saya hanya mampu ketawa kecil. Sudah boleh agak perkara itu akan berlaku. Tidak lama kemudian, muncul pula seorang ejen lain yang meninggalkan komen membuatkan saya tersenyum sendiri. Katanya, suatu ketika dahulu dia sangat

Faraid bukan punca, manusia puncanya

Hibah memang satu instrumen yang bagus dalam pengurusan harta pusaka. Tapi mengapa sampai perlu merendahkan peranan faraid dengan tanggapan faraid itu punca pergaduhan? Realitinya, pergaduhan tetap boleh berlaku walaupun hibah telah dibuat, terutama jika ada waris rasa keputusan hibah itu tidak adil atau dibuat tanpa pengetahuan mereka. Faraid, hibah, dan takaful masing-masing ada tempat dan

Bila istilah jadi isu: Kesilapan kecil, impak besar

Masa mula-mula dihubungi oleh Tuan Shahrul Sabri untuk berkongsi maklumat berkenaan kes hibah takaful kakaknya yang dicabar di mahkamah, beliau turut berikan dokumen-dokumen keputusan dan arahan daripada hakim. Semasa membaca keputusan Mahkamah Tinggi, saya bersangka baik penggunaan istilah “insurans” oleh hakim untuk memudahkan kefahaman awam, bahasa layman. Namun begitu, apabila beberapa peguam meminta saya salinan

Bila faraid dilaksana, tapi amanah diabaikan

Kalau ikut kiraan faraidh kes hibah takaful yang dicabar itu, apabila ia diagihkan mengikut faraid, berikut ialah jumlah yang setiap bahagian dapat. Ibu: RM148,000 Bapa: RM148,000 Isteri: RM111,000 Anak perempuan: RM197,000 setiap orang dapat Jadi, jumlah yang akan diterima oleh isteri dan anak-anak lebih kurang RM700,000 Sekiranya kes ini menang di Mahkamah Rayuan, RM1 juta