Ini antara hujah yang selalu diulang oleh bangsa anti bank Islam untuk menghalalkan pilihan ke perbankan konvensional atas alasan darurat. Mereka sampai sanggup gunakan analogi rumah peIacuran. Satu rumah peIacuran mengaku terang-terang mereka buat maksiat, manakala satu lagi kononnya letak papan tanda kepada “nikah sementara”, padahal sama haram. Lalu perbankan Islam diibaratkan seperti rumah kedua
Ada di kalangan bangsa anti bank Islam mencadangkan agar tukar matawang kepada emas. Saya balas balik cadangan, apa kata kalau bangsa anti bank Islam sendiri yang buat sendiri tunggu bank-bank Islam buat. Apa kata? Ini sedikit simulasi, untuk gunakan emas sebagai alternatif pembiayan perumahan – Harga emas sekarang RM550 / gram (saya genapkan untuk memudahkan
Isu sebenar bangsa anti bank Islam ini, bukan nak perbankan Islam itu patuh syariah sangat pun. Kononnya nak bebas riba. Yang mereka mahu ialah perbankan murah, bukan perbankan patuh syariah. Sebab itu mereka suka apabila ada ustaz kata “cari bank konvensional yang paling murah” Walaupun hujah seumpama itu tiada sandaran dalil Quran, Hadith, Qiyas dan
Ini adalah koleksi beberapa fatwa awal dalam bidang muamalat berkaitan perbankan Islam dan insurans konvensional. Koleksi fatwa seawal tahun 70-an, 80-an dan 90-an. Jika dahulu, apabila mereka mengeluarkan hukum sesuatu itu haram, mereka bertungkus-lumus membangunkan alternatif yang halal Apabila perbankan konvensional difatwakan haram, para alim ulama bertungkus-lumus membangunkan institusi perbankan patuh syariah Apabila insurans konvensional
Beberapa bulan lepas Ketua Pegawai Pelaburan Morgan Stanley mencadangkan satu strategi baharu yang disebut 60 / 20 / 20 iaitu pembahagian portfolio kepada 60% saham, 20% bon dan 20% emas berbanding sebelum itu dunia pelaburan lebih biasa dengan model klasik 60% saham dan 40% bon. Morgan Stanley adalah sebuah syarikat pelaburan global yang sangat berpengaruh
AL-IJTIHAD, AL-IKHTILAF & AL-IFTA Dua tiga hari ini saya berguru dengan Prof Dr Younes Soulhi, topik di atas. Tokoh muamalat dari Algeria yang berpengalaman puluhan tahun. Lama betul dah tak belajar dalam kelas dengan lecturer foreigner macam ni. Kali terakhir, masa dekat UIA kira-kira 23 tahun lepas. Haha! English saya broken. Jadi tak banyak saya
Satu muhasabah yang baik untuk rakan-rakan ejen takaful. Tidak perlu tunjukkan income kita di media sosial. Teknik ini sering digunakan dalam kalangan MLM tertentu, skim cepat kaya, dan skim piramid. Ia memang berkesan untuk tujuan rekrutmen kerana orang tertarik dengan simbol kemewahan dan kejayaan. Salahkah cara ini? Ia subjektif. Setiap orang ada justifikasi tersendiri. Cuma
Seorang rakan bertanya dalam group; ” Assalamualaikum. Jika dah cukup satu gram,perlu kekal di akaun ini atau tukar fizikal? Mana lebih untung?” Jawapan saya; “Secara teori nya, sama sahaja la tak mengubah pun harga dan nilai, jika withdraw atau kekal dalam akaun Tapi dari segi psikologi, ada beza antara emas fizikal yang kita pegang VS
Kalau ayat ni guna untuk sembang-sembang sesama ejen takaful, boleh la. Atau sembang dengan prospek yang dah lama kenal. Tapi apabila dibawa ke publik begini, memang akan memberi persepsi yang tidak baik kepada publik. Ramai yang marah sebab isu claim. Dan yg viral biasanya apabila claim gagal dan bermasalah. Tak dapat nafikan ia wujud. Jika
Ramai yang menjangka kutipan zakat ASB akan menurun apabila pendeposit hanya perlu membayar zakat ke atas dividen sahaja. Namun hakikatnya tidak begitu. Melalui kaedah baharu ini, PNB akan menunaikan zakat bagi pihak pendeposit. Sebelum ini, PNB hanya membayar zakat perniagaan berdasarkan aset dan harta milik syarikat mereka sendiri. Tetapi kini, dengan pelaksanaan kaedah baru, PNB