August 27, 2019
Merdeka : Apa erti MERDEKA bagi anda?
Apa erti MERDEKA bagi anda?
- Erti MERDEKA bagi rakyat Malaysia apabila dapat membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.
- Erti MERDEKA kedua bagi rakyat Malaysia ialah dapat buang pemimpin yang “menjajah” selama 61 tahun.
- Erti MERDEKA ke-3 mungkin akan diperoleh apabila dapat buang pemimpin yang sama pernah “menjajah” selama 22 tahun ketika tempoh penjajahan 61 tahun tadi.
- Erti MERDEKA bagi seorang kanak-kanak ialah dapat main sesuka hati tanpa dihalang oleh ibu bapa.
- Erti MERDEKA bagi seorang pelajar ialah apabila berjaya siap assignment yang lecturer bagi. MERDEKA juga bermaksud tamat final exam. MERDEKA juga bermaksud sudah grad!
- Erti MERDEKA bagi seorang graduan apabila dapat melangsaikan hutang PTPTN / hutang JPN / hutang MARA dan segala jenis hutang.
- Erti MERDEKA bagi seorang penganggur ialah apabila mendapat peluang pekerjaan.
- Erti MERDEKA bagi seorang pekerja ialah apabila bosnya tiada atau dapat jadi boss.
- Erti MERDEKA bagi seorang suami apabila dapat membebaskan diri dari kawalan sang isteri (Hehe…gurau saja)
- Erti MERDEKA bagi seorang isteri pula ialah dapat belanja duit suami sesuka hati. Hoho!
- Erti MERDEKA juga ialah apabila kita mendapat kebebasan kewangan.
- Erti MERDEKA KEWANGAN juga ialah bebas hutang.
- Erti MERDEKA juga ialah apabila kita menjadi bos untuk diri sendiri.
- Erti MERDEKA juga ialah apabila kita bebas mengatur masa tanpa terikat office hour.
- Erti MERDEKA yang sebenar bagi seorang MUSLIM ialah apabila dapat membebaskan dari azab api neraka!
Salam MERDEKA!
P/S; Apa erti kemerdekaan Sdra/i?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran