Apa Nak Buat Dengan I-Sinar ?
Selepas I-SINAR KWSP diluluskan, ramai betul tanya soalan “Apa nak buat dengan wang tersebut? Mohon nasihat”.
Fahami fungsi KWSP
Baik, ini respon saya.
- Suka saya tegaskan, fungsi asal KWSP adalah untuk persaraan. Dalam masa sama, majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi situasi getir ekonomi hari ini. Jadi, harapan yang tinggal hanyalah KWSP.
- Jadi, dalam situasi krisis sekarang, pengeluaran wang KWSP adalah untuk keperluan bagi yang benar-benar terdesak dan kesempitan untuk teruskan hidup. Bezakan keperluan dengan kehendak. Gunakan untuk belanja harian, bukan untuk beli sport rim atau PS5.
- Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah, bukanlah perkara keperluan buat masa sekarang bagi orang yang terdesak. Beli beras dan isi perut ahli keluarga kita di rumah.
“Tapi Afyan, saya memang tak terdesak. Tapi saya nak ambil kesempatan dengan pengeluaran KWSP sekarang untuk pelaburan supaya dapat gandakan wang tersebut.
Rilekssss.. Baca seterusnya
Melabur
- Berdasarkan laporan The Star 30 Mei 2016, CEO KWSP memberitahu bahawa hanya 20% pencarum yang keluarkan wang dana persaraan itu untuk unit trust, mendapat pulangan lebih baik berbanding KWSP. Bermakna selama ini KWSP Akaun 1 yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit trust, tidak ramai yang berjaya mendapat pulangan melebihi KWSP. Agak-agak kalau keluar 10k ini, apa nasib meraka?
- Niat untuk buat pelaburan adalah niat yang bagus. Namun bagi orang yang tidak ada sebarang ilmu pengetahuan untuk melabur, tiba-tiba dapat peluang 10K untuk melabur adalah umpama orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiba-tiba dapat peluang untuk naik motosikal untuk menunggang di lebuh raya. Agaknya apa yang akan terjadi?
- Simpanan lebih mudah daripada pelaburan. Jika pelaburan ibarat menunggang motosikal, simpanan pula ibarat menunggang basikal. Jika basikal pun tak reti nak bawa, boleh ke nak nak bawa motosikal di lebuh ? Begitulah ibaratnya, simpanan pun majoriti orang kita gagal laksanakan, apatah lagi nak melabur?
- Niat asal untuk melabur memang bagus, tapi ada kebarangkalian untuk rugi dan ada berkebarangkalian tinggi untuk dicairkan dan dikeluarkan bagi kegunaan lain berbanding kekal di KWSP yang “beku” sukar dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.
Berniaga
“Kalau begitu, saya nak guna duit 10k tadi untuk berniaga la”.
- Sama macam pelaburan tadi, kalau orang yang tak pernah berniaga, tiba-tiba baru nak berniaga disebabkan dapat wang KWSP 10k, bakal menerima nasib yang sama. Malah, berdasarkan statistik, 70% bisnes tutup dalam masa setahun dan 90% bisnes tutup dalam masa 3 tahun.
- Ada banyak pilihan untuk memulakan bisnes tanpa guna dan modal sebanyak itu. Boleh jadi ejen takaful, ejen unit trust, Marketing Representative, ejen MLM, ejen affiliate yang tidak memerlukan modal besar. Kalau nak tau detail, boleh tanya di ruangan komen utk saya kongsikan peluang-peluang yang tidak memerlukan modal besar dan tidak mempunyai risiko yang besar.
“Alaaaa.. Tak minat la nak jadi ejen semua ni. Saya plan nak berniaga makanan. Duit 10k tu buat modal beli peralatan memasak dan peralatan gerai, nak buka secara kecil-kecilan tepi jalan. Makanan kan barang keperluan? Insya Allah tak rugi”.
- Macam saya beritahu tadi, berdasarkan statistik, majoriti besar bisnes ditutup berbanding yang mampu survive. Jadi, tidak kira apa jua bisnes, risiko rugi lebih tinggi berbanding untung. Dalam bisnes dan pelaburan, rugi itu sudah dalam tangan, tapi untung belum tentu.
- Kalau jak berniaga makanan, masih ada cara untuk mulakan tanpa modal. Contoh, nak berniaga nasi lemak. Tak semestinya kita kena beli bahan memasak nasi lemak, peralatan nasi lemak, peralatan gerai dan segala bagai baru boleh berniaga nasi lemak. Caranya ialah:
- Mula-mula cari orang yang berniaga nasi lemak. Deal harga kalau buat belian dalam kuantiti yang banyak.
- Dari situ boleh buat anggaran harga untuk jualan. Nak kena beli dan jual ke? Tidak.
- Buat hebahan dan iklan dalam kepada rakan-rakan berdekatan, jiran-jiran untuk buat tempahan nasi lemak tadi.
Nampak? Modus operandi sama boleh digunakan untuk bisnes-bisnes makanan lain yang kita minat. Jika makanan yang tahan lama lebih mudah diuruskan.
“Oooooooooooooooooooooooooooooo…..”
Pelaburan Ilmu
- Jadi, dalam situasi sekarang, pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan ilmu. Jika selama ini kita tak mampu nak menyimpan, selalu boros, duit gaji selalu habis tengah bulan, maka inilah masanya untuk kita RESET balik kehidupan dan kewangan kita. Jadikan PKP dan krisis Covid-19 ini sebagai medan muhasabah
- Barang diingat, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila keluarkan KWSP untuk kegunaan lain, maka wang tersebut akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.
- Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah adalah perkara yang bagus. Tapi kalau dapat lakukan semuanya tanpa perlu usik wang persaraan dan mulakan dengan ilmu.
Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy
Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW
IKLAN SIKIT:
Belajar ilmu kewangan. Boleh dapatkan #bukuBMW yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:
- Aliran tunai
- Pengurusan aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.
Dapatkan di www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran