fbpx

ASBF, Misleading dan Misselling

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 574Words
  • 729Views

ASBF

Tak dapat dinafikan, memang ada ejen ASBF yang menjalankan promosi dengan cara misleading dan misselling.

Ada yang siap memberi jaminan untung. Siap ada yang menjanjikan ROI 30%. Siap cakap ASBF adalah pelaburan yang paling menguntungkan di dunia!

Memang tercengang dan meyakinkan cara mereka present. Saya pernah bergaduh besar dengan geng-geng ini zaman muda-muda dulu. Siapa yang dah lama follow saya, akan tahu cerita ini.

Dalam mana-mana produk kewangan, akan ada ejen-ejen yang menjanjikan perkara-perkara yang muluk-muluk untuk menarik pelanggan sign up dengan mereka.

Macam-macam ditaburkan. Bukan setakat bulan, bintang dan matahari malah hingga ke planet Zargus, panet Vomir dan sellluruuh bima sakti sampai ke Lohong Hitam dijanjikan jika sign up.

Bukan sahaja dalam mempromosi ASBF, begitu juga dengan takaful, unit trust, dan lain-lain produk kewangan.

Kalau promote takaful, akan ada ejen yang kata ia sekali dengan saving dan investment yang boleh dapat sekian-sekian banyak. Malah ada yang siap buat perbandingan bahawa takaful jauh lebih baik dan lebih tinggi pulangan berbanding ASB, Tabung Haji, Unit Trust!

Kalau promote unit trust, akan cakap boleh bagi pulangan minima 10‰ setiap tahun. Malah ada yang buat unjuran 15% ke 20‰ ke atas!

Jika ada jumpa ejen jenis begitu, buat laporan kepada Bank Negara Malaysia. Sediakan bukti bertulis. Kita taknak ejen sebegitu bermaharajalela.

Mereka selalunya tak ramai, tapi menguasai pasaran.

Negara ada undang-undang, lagi-lagi dalam bidang kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

Saya sendiri pernah dilaporkan dan di bawa ke muka pengadilan dalam hal ini.

Itu cerita zaman muda-muda saya dulu. Selalu bongkar (baca: cari pasal) ejen-ejen unit trust, takaful dan ASBF yang buat misleading dan misselling.

Cuma apabila dah tua sekarang ni, dah malas saya nak gaduh.

Siapa yang sudah lama follow saya, tentu tahu sejarah saya melawan scammer kewangan, tidak kira scam sebenar atau misleading produk kewangan.

Tapi itu cerita lama. Sekarang saya dah tak berapa minat. Banyak habis masa dan tenaga, biarpun akhirnya kebenaran terserlah.

Dalam masa sama, yang pernah gaduh dengan saya dulu-dulu dah boleh terima kenyataan bahawa apa yang saya perkatakan itu benar. Ada juga yang siap jadi ejen saya lagi. Hehe…

Berbalik kepada isu ASB dan ASBF.

Apabila pulangan ASB 5.5% tak dapat cover instalment ASBF, orang mula salahkan ejen.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun saya bukan ejen ASBF tapi ia tetap menyinggung.

Walaupun saya sendiri pernah bongkar ejen-ejen yang promote produk kewangan dengan cara marketing hype dan gimik lebih, saya turut tersinggung apabila ada pihak yang memukul rata semua.

Dalam hal ini, saya lebih suka memberi pendidikan kewangan.

Kadang-kadang, ejen tidak misleading dan misleading pun. Tapi mereka mempunyai skil mempengaruhi prospek menjadi pelanggan.

Memang kami ejen, dilatih dengan pelbagai skil menjual. Tanpa perlu misleading dan promote dengan menawarkan janji-janji manis pun, oleh dapat pelanggan.

Malah sekarang, pihak autoriti mengenakan bermacam-macam peraturan dan undang-undang untuk memastikan ejen-ejen mengikut lunas undang-undang.

Memang mana-mana ejen yang langgar, jika dibuat laporan dan cukup bukti, akan diambil tindakan dan diberhentikan.

Justeru, dalam hal ini saya lebih suka mengajak rakan-rakan meningkatkan ilmu kewangan.

Biar kita lebih bijak daripada ejen. Biar kita tak mudah percaya bulat-bulat apa yang ejen cerita.

Sebelum saya menjadi ejen, saya juga adalah pengguna seperti kalian. Saya juga pernah terpedaya dengan produk kewangan.

Tapi dengan menyalahkan ejen, tidak menjadikan kewangan kita lebih baik.

Lebih baik kita mengambil tindakan dengan menambah ilmu kewangan kita.

Cara terbaik untuk memahami mana-mana produk kewangan, ialah dengan menjadi ejen produk tersebut. Saya boleh tunjukkan jalan.

Sekian.

Ejen Afyan
Bercita-cita menjadi ejen MATA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari FB Ahmad Mustapha   Pusaka | KENDERAAN…