Author: Admin

Cara Promosi Private Mandate Yang Salah

Ini beberapa contoh bagaimana Private Mandate dipromosikan dengan cara yang salah. Private Mandate dan unit trust masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bukannya Private Mandate memberi jaminan pulangan lebih baik berbanding unit trust biasa. Private Mandate juga tidak ada jaminan pulangan bulanan. Inilah akibatnya apabila Private Mandate dipromosi oleh individu dan group yang tidak mempunyai lesen yang

Pastikan Isi Penama Dengan Betul

Apabila melanggan polisi takaful, pastikan penamaan yang betul untuk tujuan yang sesuai. Jika diletakkan penamaan hibah dalam polisi takaful, ia bagi tujuan pemberian kepada waris, contohnya untuk untuk income protection. Waris yang dinamakan, contohnya nama pasangan, boleh gunakan pampasan untuk kelangsungan hidup ahli keluarga yang ditinggalkan. Waris faraid lain tidak ada hak ke atas harta

Adakah i-Lestari Dan i-Sinar Itu Perlu Dizakatkan?

Adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan? Secara asasnya apa-apa jumlah wang dikeluarkan daripada KWSP berdasarkan kriteria tertentu adalah wajib dizakatkan khasnya apabila jumlahnya melebihi nisab. Pengeluaran seumpama ini meskipun tidak mencukupi nisab, ia perlu ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain bagi melengkapkan nisab untuk tujuan zakat. Bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik wabak

Takaful Produk Perlindungan

Takaful adalah produk perlindungan kewangan. Manakala hibah pula bermaksud hadiah atau pemberian. Istilah “hibah takaful” merujuk kepada salah satu kaedah pengagihan harta pampasan takaful kepada pewaris. Apabila melanggan takaful, pelanggan ada pilihan untuk 2 jenis penamaan yang wajib diisi dalam borang takaful. 1. Penamaan biasa 2. Penamaan hibah. Pelanggan boleh memilih salah satu, atau kedua-duanya.

Jangan Letak Hibah Dalam Polisi Takaful

Biasa kita dengar, promosi hibah takaful dengan ayat-ayat di bawah: “Hibah takaful untuk selesaikan hutang”, “Hibah takaful dapat selesaikan masalah pusaka”. Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Tahukah anda, hibah takaful akan menimbulkan masalah di kemudian hari sekiranya tak dirancang dengan betul ketika hidup. Contoh situasi: Suami beli rumah melalui bank. Atas advise oleh ejen, si

Zakat ASB Financing

Baru-baru ini saya kongsikan bagaimana zakat ASB dikira, sekiranya perlu cleansing yakni untuk asingkan pelaburan tak patuh syariah. Posting asal di sini Dalam posting berkenaan, ramai pula tanya tentang bagaimana membuat kiraan zakat bagi ASB Financing. Saya kongsikan panduan yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Pendekatan yang diambil oleh Majlis Agama Islam Wilayah

Kisah Jam

Cerita sebuah jam Alkisah, seorang tukang jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya; “Wahai jam, adakah engkau sanggup untuk berdetak sebanyak 31,104,000 kali selama setahun?”, Jam terperanjat. “Ha??? 31,104,000 kali? Banyaknya! Tak mungkin saya dapat lakukan” , jawab jam. “Jika begitu, bagaimana sekiranya engkau berdetak sebanyak 2,592,000 kali dalam sebulan?” tanya si tukang jam lagi.

RM1 Sehari Sahaja!

Tips Mudah, Simpan RM1 Sehari Sahaja! Ya, kisah di bawah adalah REALITI keadaan sekarang. Bukan lagi FANTASI tapi benar-benar terjadi. “Tak mampu la, ada komitmen lain lagi” “Abis, kalau dah masuk boleh keluar duit bila-bila masa tak” “Saya bukan kena cukai pun, buat apa nak simpan” Sahabat, ALASAN di atas kerapkali didengar, malah saya percaya

Kos Private Mandate Mahal, Lebih Baik Trade Sendiri

“Kos Private Mandate mahal, lebih baik trade sendiri “. Ya, betul. Memang trade sendiri lagi rendah kosnya berbanding Private Mandate yang ada sales charge. Minima caj jualan Private Mandate adalah 1.5% hingga maksima 5%. Jadi, kalau nak jimat, boleh trade sendiri. Nak jimat memang kena trade sendiri. Pilih kaunter sendiri, analisis sendiri, lock profit sendiri,

Private Mandate VS Labur Sendiri

Kos Private Mandate mahal? Ya, 5% itu lebih mahal berbanding melabur sendiri yang boleh dapat bawah 1%. Private Mandate ada juga kos annual fees dan ada performance fees sekiranya untung. Mahal? Ya, memang mahal jika di banding dengan melabur sendiri ke pasaran saham. Jadi, jika pandai melabur sendiri, silakan.   Bagaimana nak melabur sendiri? Mula-mula