Biasakan Diri Untuk Menyimpan

Tulisan dari FB Hannan Shawalludin ini memberikan sedikit tips untuk para belia tentang menyimpan dan melabur.

Orang nasihat pakai motor je pergi kerja, kau nak juga pakai kereta. Panaslah. Hujanlah. Tapi kau kena ingat. Kita sebagai manusia ni boleh boleh sesuaikan diri walau macam mana pun keadaan kita.

Hari pertama kau bawak motor memanglah kau rasa penat. Tapi kalau dah sebulan, kau tak rasa apa pun. Kalau bulan pertama dah tak rasa penat, bulan-bulan akan datang pun kau akan rasa okay je.

Kalau kau boleh tahan naik motor pergi kerja masa bujang, duit lebih RM 500 setiap bulan bayar kereta tu kau dah boleh jimat buat simpanan.

Bayangkan kau tahan setahun je naik motor, RM 500 x 12 = RM 6,000. Boleh dah beli iphone idaman. Boleh dah buat bayar deposit rumah underconstruction. Boleh dah buat deposit beli kereta.

Itu baru setahun. Kalau 2 tahun?

RM 6,000 x 2 = RM 12,000

Kalau kau laburkan di ASB atau TH atau Unit Trust yang menghasilkan dividen?

Plant Growing In Savings Coins – Investment And Interest Concept

Yang tu saya tak payah ajar. Kau memang akan pastikan duit tu beranak pinak kan? Cuma jangan sampai beranak pinak kat skim cepat kaya. Selalunya tak lama sebelum jadi skim cepat miskin!

Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

Plan your wealth, change your life.

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com