BNM rancang perlindungan lebih adil untuk pemegang medical card melalui klausa ‘no look-back’

SYARIKAT TAKAFUL DAN INSURANS TAK BOLEH SEWENANGNYA TOLAK TUNTUTAN PESAKIT

1. Berita baik untuk pemegang medical card, perubahan besar bakal berlaku dalam industri ini.

2. Bank Negara Malaysia sedang mempertimbangkan klausa khas untuk pelan MHIT iaitu Medical and Health Insurance Takaful atau lebih mudah difahami sebagai medical card.

3. Pelan MHIT Asas akan memperkenalkan klausa “no look-back” yang menghalang syarikat daripada menolak tuntutan berdasarkan penyakit sedia ada selepas satu tempoh.

4. Klausa ini juga menghalang penolakan tuntutan atas alasan kegagalan mendedahkan penyakit lampau.

5. Tujuan utama adalah untuk memberi kepastian jangka panjang dan meningkatkan keyakinan pemegang polisi.

6. Pendekatan ini berbeza dengan pelan sedia ada yang kadang-kadang menolak tuntutan atas sebab teknikal.

7. Fokus pelan ini adalah untuk menyediakan perlindungan yang lebih inklusif, adil dan berterusan.

8. Ia juga bertujuan memperluas akses perlindungan kepada individu yang mempunyai penyakit sedia ada tetapi dalam keadaan stabil dan terkawal.

9. Cabaran utama adalah memastikan keseimbangan antara akses perlindungan dan kos premium supaya kekal mampu milik.

10. Dalam sistem semasa, konsep perkongsian risiko menyebabkan penyakit sedia ada sering dikecualikan bagi mengelakkan peningkatan kos tuntutan.

11. BNM sedang memperincikan mekanisme termasuk tempoh menunggu dan garis panduan pengunderaitan yang konsisten.

12. Projek perintis akan dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2026 sebelum pelaksanaan penuh pada tahun 2027.

13. Fasa ini akan menilai kesiapsiagaan industri, hospital serta maklum balas pengguna.

14. Sebarang penambahbaikan akan dibuat sebelum pelancaran penuh bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Suber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment