fbpx

“Boleh Bagi Quotation Tak?”-Adaptasi Dari Sebuah Kisah Benar

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 240Words
  • 307Views

“Tuan, ini proposal saya untuk Tuan”, mesej saya kepada beliau sambil attachkan proposal takaful untuk income protection dengan sumbangan RM250 bagi income protection lebih setengah juta.

Sesuai untuk beliau, sumbangan hanya sekitar 5% daripada gaji boleh berikan perlindungan pendapatan bersamaan 10 tahun gaji bersama dengan coverage-coverage lain.

Kami berhubung melalui FB messenger.

“Mahal la RM200. Ada yang murah lagi tak Encik Afyan?”

Saya menggodek-godek fail excel di komputer untuk adjust berdasarkan permintaan beliau.

Selepas beberapa minit bersoal jawab tentang keperluan dan kemampuan beliau, saya kurangkan lagi sumbangan bulanan kepada RM100, dan sudah tentu coverage pun berkurangan.

Lalu saya hantar dan explain kepada beliau.

“RM100 ya? Rasa macam mahal la. Ada yang murah lagi tak?”

“Ada, sebentar”.

Dengan penuh kesabaran, saya adjust quotation yang paling rendah dengan caruman sekitar RM50 sahaja lalu hantar kepada beliau.

“Ada tak yang lagi murah? Mahal la RM50 ni. Saya tak mampu”.

“Beginilah Tuan. Tuan bayar RM1 sahaja sebulan ke akaun saya. Nanti saya sediakan perlindungan takaful RM10. Nanti kalau Encik meninggal, saya akan berikan kepada isteri Encik RM10. Boleh buat belanja isteri dan anak-anak Encik selama seminggu”, balas saya dan terus offline.

Sejak peristiwa bersejarah tersebut, saya tidak lagi hantar quotation jika ada yang PM;

“Encik Afyan, saya berminat dengan takaful yang Encik tulis di FB, boleh bagi quotation tak? “.

Nota: Adaptasi dari sebuah kisah benar dgn olahan sendiri beberapa tahun dahulu daripada pengalaman penulis. Mohon terasa bagi sesiapa yang berkenaan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di KWSP, pulangan 6.4% sebenarnya lebih banyak daripada pulangan 6.9%.…