fbpx

Bolehkah orang non-Muslim melanggan “hibah takaful”?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 373Words
  • 1430Views

Baru-baru ini, dalam sesi training mingguan INFAQ Consultancy, seorang ejen baru saya bertanyakan soalan “Orang non-Muslim boleh langgan hibah takaful?”

Saya jawab “Boleh dan tak boleh”.

“Errr.. Maksudnya?”. Ejen saya itu agak kehairanan.

Saya explain kepada ejen tersebut dan ejen-ejen lain.

1. Begini, pertama kali kena betulkan fakta bahawasanya hibah takaful bukan produk takaful. Perkara ini ramai ejen tersilap.

2. Produk yang dikatakan “hibah takaful” Itu adalah produk takaful bersama manfaat kematian. Manfaat Kematian dalam produk takaful boleh wujud tanpa hibah.

3. Hibah adalah salah satu cara pengagihan manfaat kematian pelanggan takaful kepada penama yang dinamakan dalam borang takaful. Penama dalam borang takaful boleh jadi penamaan hibah atau penamaan biasa.

4. Perbezaan penamaan hibah dengan penamaan biasa bergantung apakah hasrat pemilik polisi takaful untuk waris yang dinamakan. Jika hasratnya untuk tujuan income protection, sesuai diletakkan penamaan hibah. Tapi jika tujuannya untuk langsaikan hutang, tidak sesuai dijadikan “hibah takaful”.

5. Kenapa “hibah takaful” tidak sesuai untuk tujuan melangsaikan hutang? Sebab hibah adalah hadiah. Jadi, sesuatu yang kita jadikan sebagai hadiah, takkanlah nak minta penerima hibah tadi intim bayar hutang kita?

6. Jika nak jadikan “hibah takaful” untuk bayar hutang selepas mati, buat sahaja penamaan biasa. Sebab dalam penamaan biasa, penama adalah pemegang amanah, bukan penerima manfaat.

7. Berbeza dengan “hibah takaful”, penamaan hibah adalah penerima manfaat takaful. Selalunya saya akan advise pelanggan untuk bahagikan sebaiknya kedua-dua penamaan biasa dan penamaan hibah dalam satu polisi. Masing-masing ada fungsinya.

8. Berbalik kepada persoalan “adakah non Muslim boleh melanggan produk takaful, jawapannya boleh tapi tidak perlu letakkan penamaan hibah.

9. Dalam undang-undang pewarisan di Malaysia, penama insurans atau takaful bagi non Muslim adalah penerima. Sama juga dalam mana-mana penamaan lain seperti KWSP contohnya, bagi non Muslim, penama adalah penerima manfaat.

10. Justeru, tidak ada keperluan bagi non-Muslim untuk meletakkan penama hibah kerana penamaan biasa sudah memadai. Undang-undang faraid hanya adalah dalam Islam dan tiada dalam agama lain.

11. Dalam undang-undang pewarisan bukan Islam, tidak ada undang-undang faraid. Pemilik harta boleh wariskan hartanya kepada sesiapa sahaja dan tidak semestinya ahli keluarga. Ada kes harta diwariskan kepada kucing, perempuan simpanan dan segala macam kes pelik di seluruh dunia.

12. Hibah, takaful, faraid, wasiat, pusaka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Afyan Mat Rawi

INFAQ Consultancy Sdn Bhd

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
5 perkara yang "mungkin" ejen unit trust tidak beritahu... Tulisan…