Category: Isu Semasa

Kerajaan Atau Pembangkang, Perlu Fokus Pada Tanggungjawab

Alhamdulillah. Politik matang dan sejahtera. Alangkah bagusnya jika suasana ini berlaku di semua peringkat dari kerajaan persekutuan hingga ke negeri-negeri lain. https://web.facebook.com/DrAhmadSamsuri/posts/247039975853591 Ramai juga rakyat bosan melihat pemimpin-pemimpin yang asyik bercakaran. Pemenang sudah pun diumumkan. Baik kerajaan mahupun pembangkang, elok fokus kpd kerja dan tanggungjawab masing-masing. Kalau asyik mencari salah, ia takkan menyelesaikan masalah. Selepas

GST vs SST, Mana Lagi Untung?

Ramai orang memperkatakan tentang isu GST vs SST, mana lagi untung. Kalau lihat pada posting-posting infografik berkaitan isu ini, ada yang mengatakan GST lagi untung dan ada yang mengatakan SST lagi untung. Semua betul, cuma beza simulasi yang dibuat. Pihak yang kata SST lagi untung akan berikan hujah yang menyokongnya. Pihak yang mendakwa GST lagi

Media Yang Benar-benar Bebas

Ramai yang mengatakan media sudah semakin bebas apabila mula menyiarkan berita-berita tokoh-tokoh politik yang dahulunya digelapkan. Sebenarnya itu belum bermaksud media semakin bebas sebab selama ini pun memang media sentiasa memberi liputan kepada tokoh-tokoh politik yang memegang tampuk kuasa. Media benar-benar bebas sekiranya mampu memberikan liputan adil kepada tokoh-tokoh politik yang masih belum memegang tampuk

Tidak Menghairankan, Tapi Sangat Menakjubkan Kalau…

Tidak menghairankan kalau pihak berkuasa menggeledah rumah pemimpin politik yang tidak lagi berkuasa. Tapi sangat menakjubkan kalau pihak berkuasa menggeledah rumah pemimpin yang sedang berkuasa. Tidak hairan kalau pihak berkuasa merampas harta pemimpin yang sudah kalah dan hilang kuasa. Tapi sangat luar biasa jika pihak berkuasa mampu merampas harta pemimpin yang baru menang dan sedang

Petisyen Sokongan Kepada Dr Maszlee Malik

Ketepikan sebentar perbezaan politik. Saya ada pandangan dan sokongan politik tersendiri, begitu juga kalian. Seminggu lebih sudah berlalu, dan saya sedaya upaya elak untuk menulis panjang perihal politik biarpun ketika PRU lepas saban hari aktif saya menulis berkenaannya Beberapa hari lepas PM sudah pun mengumumkan barisan kabinet beliau dari kalangan rakan-rakan komponen parti Pakatan Harapan

Akta Berkaitan Rampasan Wang Tunai dan Beg Mewah

Apakah pendakwaan yang boleh disabitkan dengan merampas wang tunai dan beg mewah? Jika rampas dokumen, ada asas yang boleh didakwa berdasarkan kandungan dokumen. Jika rampas dadah, ada asas yang kukuh untuk pendakwaan di bawah Akta Dadah Berbahaya. Jika rampas senjata api, ada asas untuk pendakwaan berkaitan keganasan atau terrorisme. Jika rampas buku (selalunya oleh KDN)

Sahih! GST 0%

Semua berita tentang politik sekarang adalah palsu kecuali dibuktikan sebaliknya. Yang ini sudah dibuktikan sebaliknya, ia dari FB Kementerian Kewangan. Sahih! GST 0%. Sebarkan ke selllluuuruuuh pelusuk alam dan jangan berbelanja sehingga 1 Jun. Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Semoga Penyatuan Ini Membawa Kebaikan

Alhamdulillah, Dato’ Sri Anwar sudah dibebaskan oleh Tun Mahathir yang pernah memenjarakannya. Kedua-dua tokoh ini cukup ikonik dalam sejarah politik tanah air; pernah bersama, berseteru dan bersama kembali. Saya bukan penyokong dan peminat mereka, tapi hormat sebagai pemimpin negara dan orang tua tetap ada. Besar harapan saya semoga penyatuan kali ini membawa kebaikan untuk rakyat

Pasca PRU-Hadap Situasi Kewangan Seperti Biasa

Tahukah anda, selepas PRU, biar siapa pun yang menang, kita yang kena kena hadap situasi hidup dan kewangan kita seperti biasa; – Bekerja seperti biasa – Menghadapi trafik jammed seperti biasa – Masuk ofis seperti biasa – Boss kat ofis masih boss yg sama – Bayar tol seperti biasa – Hantar anak sekolah seperti biasa

Hormati Keputusan Rakyat, Maafkan Kekhilafan Ini

Kita hormati keputusan rakyat. Moga demokrasi di Malaysia semakin subur. Besar harapan saya agar peralihan kuasa di banyak tempat berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi. Ia pengalaman baru bagi rakyat. Pengalaman peribadi paling sedih dan tak dapat dilupakan dalam PRU kali ini bukan sebab parti kalah, sebab kalah itu sudah biasa. Kalah menang adat pertandingan.