Saraf dan propaganda Di kampus dahulu, saya handle saraf dalam beberapa kali Pilihanraya Kampus. Dan menang. Ehem, ehem… Dalam saraf dan propaganda, ada 7 peringkat. Ada formula 1 – 3 – 3. 1 hitam 3 kelabu 3 antara kelabu dan hitam Ini contohnya, rujuk gambar. LEVEL 1: PAS buat saraf utk orang Islam mengundi PAS
Dalam institusi pelaburan, kita akan pilih berdasarkan beberapa faktor. Faktor PERTAMA, kita akan pilih yg patuh syariah. Mana-mana produk atau kompeni yang tidak patuh syariah, kita akan TOLAK. Faktor KEDUA, kita akan lihat track record. Selalunya kita tengok berdasarkan prestasi fund manager dan institusi terbabit. Contohnya, 3 institusi dan fund manager d bawah; INSTITUSI 1:
Kita memilih institusi kewangan Islam bukan kerana namanya Islam. Kita memilih perbankan Islam bukan kerana namanya Islam. Kita memilih takaful bukan kerana namanya takaful. Perbankan Islam dan takaful, bukan agama. Tidak ada dalam Quran dan Hadith. Yang ada dalam Quran dan Hadith ialah pengharaman riba. Kita memilih perbankan Islam kerana ia adalah alternatif perbankan konvensional
Seronok membaca komen rakan-rakan dalam posting tentang persoalan yang ditanya kepada saya tentang politik. Juga posting berkenaan persepsi awam tentang isu rasuah PAS dan kerjasama dengan Umno. Saya ingin menyambungnya dalam bentuk diskusi pula. Sebelum ini seorang hanya satu soalan, kali ini boleh tanya banyak soalan dua hala dan semoga ia dalam bentuk diskusi aman.
Kebenaran takkan mampu ditutup dengan melabel. Dalam sesuatu persaingan, pihak yg ketiadaan hujah akan terpaksa memberi gelaran kpd pihak satu lagi. Jika dalam isu agama, label “wahabi”, “kafir”, “ahli bid’ah”, yg selalu digunakan. Manakala dalam politik pula, label seperti; “dedak”, “macai”, “yuji”, “jebon”, “mahafiraun”. Perkara sama saya alami selama ini dalam bidang kewangan; “dengki bisnes
Warna-warni kehidupan. Merah, oren dan hijau. Jika lampu merah, kita terpaksa berhenti walaupun tiada kereta. Ketika lampu isyarat merah, lebih-lebih lagi jika jalan sesak teruk, kita tak sabar-sabar menunggu lampu merah itu bertukar hijau. Apabila lampu isyarat hijau, kita akan stress apabila lampu bertukar oren sebab ia akan menjadi merah. Kita sentiasa menunggu-nunggu hijau. Alangkah
Pagi ini dalam perjalanan pergi sekolah, Zulaikha tanya lagi soalan tentang bendera-bendera parti-parti politik selepas semalam bertalu-talu persoalan dikemukakan. Rujuk juga status semalam. “Ayah, kenapa ada tanda pangkah?”, “Tanda pangkah tu untuk tanda yang mana kena pilih”, jawab si ayah. “Kenapa kena tanda pangkah?” “Sebab nak kena undi” “Ye la, kena undi. Tapi kenapa pangkah?”
“Ayah, kenapa ada banyak bendera?”, tanya Zulaikha. Teruja melihat bendera parti-parti politik sepanjang jalan ke sekolah. “Orang nak kempen”, jawab si ayah. “Kempen tu apa, ayah?”, bertalu-talu soalan datang. “Kempen untuk pilihanraya”, si ayah jawab dengan penuh sabar. “Pilihanraya tu apa?”, “Pilihanraya tu orang pergi mengundi”, “Mengundi tu apa?” “Mengundi tu, orang nak pilih wakil
Apabila impian kita besar, halangan akan menjadi kecil! Apalah sangat cabaran kecil tarikh mengundi pada hari Rabu jika dibandingkan dengan impian besar kita untuk melihat Malaysia yang lebih baik. Biar kita yang membina sejarah baru Malaysia untuk diwariskan kepada generasi anak cucu-cicit kelak. Ayuh rakan-rakan semua, bersama kita lakarkan sejarah untuk membina semula negara Malaysia