Warna-warni kehidupan. Merah, oren dan hijau. Jika lampu merah, kita terpaksa berhenti walaupun tiada kereta. Ketika lampu isyarat merah, lebih-lebih lagi jika jalan sesak teruk, kita tak sabar-sabar menunggu lampu merah itu bertukar hijau. Apabila lampu isyarat hijau, kita akan stress apabila lampu bertukar oren sebab ia akan menjadi merah. Kita sentiasa menunggu-nunggu hijau. Alangkah
Pagi ini dalam perjalanan pergi sekolah, Zulaikha tanya lagi soalan tentang bendera-bendera parti-parti politik selepas semalam bertalu-talu persoalan dikemukakan. Rujuk juga status semalam. “Ayah, kenapa ada tanda pangkah?”, “Tanda pangkah tu untuk tanda yang mana kena pilih”, jawab si ayah. “Kenapa kena tanda pangkah?” “Sebab nak kena undi” “Ye la, kena undi. Tapi kenapa pangkah?”
“Ayah, kenapa ada banyak bendera?”, tanya Zulaikha. Teruja melihat bendera parti-parti politik sepanjang jalan ke sekolah. “Orang nak kempen”, jawab si ayah. “Kempen tu apa, ayah?”, bertalu-talu soalan datang. “Kempen untuk pilihanraya”, si ayah jawab dengan penuh sabar. “Pilihanraya tu apa?”, “Pilihanraya tu orang pergi mengundi”, “Mengundi tu apa?” “Mengundi tu, orang nak pilih wakil
Apabila impian kita besar, halangan akan menjadi kecil! Apalah sangat cabaran kecil tarikh mengundi pada hari Rabu jika dibandingkan dengan impian besar kita untuk melihat Malaysia yang lebih baik. Biar kita yang membina sejarah baru Malaysia untuk diwariskan kepada generasi anak cucu-cicit kelak. Ayuh rakan-rakan semua, bersama kita lakarkan sejarah untuk membina semula negara Malaysia
Manifesto saya: FOKUS UTAMA; Meningkatkan literasi kewangan di kalangan rakyat supaya dapat mengelakkan diri tersontot di pintu shorga dan terjerumus ke dalam #NerakaWang 5 AKTIVITI TERAS: 1. Menganjurkan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di selllluuuuruuuuuh negara yang boleh dihadiri oleh seluruh rakyat jelata. 2. Menerapkan elemen perancangan kewangan bermula daripada pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah melalui silibus pendidikan
POLITIK MATANG VS POLITIK BANGANG Tanda aras POLITIK MATANG ialah: (1) Kita mampu utk mengkritik kesalahan dan keburukan yg datang daripada kumpulan sendiri, dan (2) Kita mampu memberi sokongan atas kebaikan dan kelebihan sekalipun datang dari pihak parti lawan dan musuh. Tapi banyak berlaku; (1) Kita hanya mengkritik, mengutuk dan menghentam apabila ia datang dari
Info menarik tentang UBER-GRAB dari Tuan Norizan Bin Sharif 1. Uber jual bisnes kepada Grab yang kini menguasai pasaran di lapan negara Asia Tenggara. 2. Grab Food akan ambilalih Uber Eat menjelang May tahun ini. 3. Uber dapat 27.5% saham Grab. 4. CEO Uber, Dara Khosrowshahi menjadi ahli lembaga pengarah Grab. 5. Kedua-duanya mempunyai pelabur yang
Dari pagi tadi, ramai yang mesej saya bertanyakan tentang hal ini. Ya, individu yang dinamakan dalam notis di atas ialah saya, Afyan Mat Rawi. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, ia adalah tindakan yang dikenakan ke atas saya disebabkan laporan akhbar di Sinar Harian dan status di FB Neraka Wang, saya sertakan. Saya terima tindakan ini dengan hati
GST sifar, harga barang turun? Secara teori dan kiraan atas kertas begitulah. Tapi secara praktikal, ia tidak semudah itu dan bukan semuanya akan begitu. Secara umumnya, apabila sifar GST maka harga produk-produk yang dijual akan berkurangan 6%. (Abaikan faktor SST terlebih dahulu untuk mudah faham) Contoh, jika kita beli baju dan barangan persiapan raya di