Berita ini pernah saya siarkan di FB saya pada awal Oktober lalu. Perbincangan tentangnya boleh dibaca di sini dan juga di sini Ada 3 Polisi, Tetapi Tidak Dapat Claim! Isu ini adalah berkenaan tentang Ms Theresa Tan yang mempunyai 3 polisi insurans, dan tidak dapat membuat tuntutan untuk penyakit kansernya yang di peringkat “karsinoma in-situ”.
Rentetan daripada entri bertajuk ; “Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!“, saya menerima beberapa pertanyaan tentang perkara ini. Di bawah ini adalah salah satu daripada persoalan dan diskusi tentang perkara yang saya kemukakan di blog ini untuk dikongsi bersama para pembaca. Nota: Ingin saya tegaskan satu perkara tentang produk IKHLAS Haji Saving Takaful ini,
Hayati cerita di bawah. Ahmad (seperti biasa, bukan nama sebenar), seorang pegawai syarikat swasta yang baru setahun grad daripada universiti tempatan. Gaji permulaannya RM2,500, dan kira-kira setahun bekerja di syarikat itu. Pada suatu hari, di pejabatnya, datang seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai “perunding kewangan”, dan berkata; “Encik Ahmad, saya yakin Encik seorang yang bijak. Jadi,
Eh, seperti tagline syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini 🙂 Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang. Haji: Simpanan vs Pelaburan Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas
IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas Seingat saya,sepanjang saya mengendalikan blog www.afyan.com, saya tidak pernah mempromosi mana-mana produk takaful secara spesifik. Sepanjang saya berblog, saya lebih menumpukan kepada penerangan konsep perlindungan takaful dan pengurusan kewangan peribadi. Ia boleh digunakan untuk semua orang tidak kira pelanggan Takaful IKHLAS atau syarikat-syarikat takaful lain di Malaysia. Tetapi,
Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans. Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini. Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh “pakar” tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional. Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah
Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak. Manakah instrumen yang terbaik? Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful pendidikan. Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang sama, maka sudah tentu
Simpanan Pendidikan Anak “Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut! Jawapannya ialah simpanan. Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN! Mungkin jawapan saya ini diskredit
www.afyan.com Ketika saya belajar di UIAM suatu ketika dahulu, salah satu subjek yang dipelajari adalah ”Probate and Sucession”. Subjek ini mengajar tentang proses pentadbiran dan pewarisan harta pusaka untuk orang Islam dan bukan Islam. Subjek ini diajar di dalam dua semester atau setahun, bersama subjek-subjek lain. Dalam subjek ini, saya belajar satu hadith Rasulullah s.a.w
www.afyan.com Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini. ”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta. Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram.