fbpx

Apakah Takaful Terbaik?

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 726Words
  • 507Views

Soalan yang paling kerap ditanya kepada saya, melalui blog, facebook, SMS, atau di dalam temujanji ialah “Apakah takaful terbaik?”.

Soalan ini nampak mudah, tapi tiada sebarang jawapan objektif.

Secara objektifnya, tiada jawapan untuk soalan tersebut jika ia merujuk kepada syarikat atau produk mana-mana syarikat.  Syarikat takaful/insurans hanyalah pengeluar, tidak lebih dari itu.

Semua syarikat takaful yang ada di Malaysia memperolehi lesen daripada Bank Negara Malaysia. Setiap satu mempunyai lesen dengan syarat-syarat yang ketat.

Manakala produk pula, kesemuanya juga turut mendapat pengesahan daripada Bank Negara Malaysia sebelum ia dilancarkan dan dipasarkan. Setiap syarikat dan produk mempunyai kelebihan masing-masing.

Secara umunya, semua syarikat mengeluarkan produk yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Semuanya di bawah kawalan Bnak Negara Malaysia bagi memastikan setiap syarikat bersaing secara sihat antara satu sama lain.

Jika ada satu produk yang bagus dikeluarkan oleh syarikat A pada sesuatu tahun, tidak lama selepas itu akan ada pula produk A+ yang dikeluarkan oleh syarikat pesaing. Kemudian datang pula syarikat pesaing lain memperkenalkan produk AA+. Itulah hakikat yang berlaku di dalam industri perbankan Islam dan takaful di Malaysia.

Begitu juga pemain-pemain yang bergerak di dalam syarikat-syarikat ini yang menjadi staf-staf syarikat. Mungkin tahun ini dia bekerja di syarikat A. Kemudian ditawarkan gaji yang lebih baik oleh syarikat B. Tidak lama kemudian dia berpindah pula ke syarikat C dengan tawaran gaji yang lebih baik.

Ia berlaku dari setinggi-tinggi CEO syarikat takaful hingga serendah-rendah jawatan. Jadi tidak hairanlah jika produk-produk takaful akan sentiasa berevolusi dari masa ke masa. Sebenarnya ia merupakan kelebihan kepada para pengguna untuk memilih produk dan servis yang terbaik. Dalam masa sama ia cabaran kepada syarikat-syarikat takaful untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan.

 

Jadi, apakah takaful terbaik?

Takaful yang bagus ialah takaful yang memenuhi keperluan kewangan seseorang.

Umpama makanan, pakaian, kenderaan dll, bukan soal siapa yang mengeluarkan produk berkenaan. Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak berbeza, berdasarkan situasi semasa seseorang.

Begitu juga takaful, ia berbeza-beza mengikut keperluan induvidu berdasarkan latar belakang kewangan, kerjaya, keluarga dan sebagainya.

Jika ada produk terbaik di pasaran pun, bukan semua orang memerlukannya.

Ambil contoh mudah; kereta. Apakah kereta terbaik buat masa ini? BMW? Mercedes? Toyota? Prtoton? Perodua?

Saya tidak fikir ada dari kalangan pembaca yang mengatakan Proton dan Perodua merupakan kereta terbaik 🙂

(Oh, saya bukan tidak  menyokong produk buatan Malaysia. Ia hanya satu analogi. Baca sehingga habis artikel ini)

Sudah tentu untuk memberi jawapan kereta terbaik, mungkin persaingan antara BMW atau Mercedes. Namun, adakah semua orang memerlukan BMW atau Merce? Soalan yang lebih penting adalah; adakah semua orang mampu memiliki BMW atau Merce?

“Jadi Afyan, apakah takaful terbaik?”

“Bertenang, bukankah saya katakan di awal artikel tadi, soalan ini tiada jawapan objektif untuk diberikan”, respon saya sambil tersenyum.

 

Tugas perunding kewangan seperti saya adalah seperti doktor. Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk? Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos kesihatan pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain. Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.

Begitulah halnya dengan perunding kewangan seperti saya. Seseorang prospek akan saya “diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, saya akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya.

Dari situ, barulah saya boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.

Jadi, untuk menjawab persoalan “apakah takaful yang sesuai?”, sesi temujanji dan perundingan amat diperlukan sebelum mana-mana produk dicadangkan.

Jika ada yang berasrat untuk mendapatkan perundingan daripada saya atau team INFAQ , boleh isi borang dibawah ini bagi memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini.

Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

 

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
   (Kemaskini 10 April 2013: Artikel ini turut disiar di…