“Ayah, nak pergi bazar Ramadhan”, kata Sarah waktu balik sekolah. “Haaa??? Dah habis bulan puasa dah tak ada bazar Ramadhan” balas si ayah. “Oooo…. Kenapa?” “Sebab bazar Ramadhan untuk bulan Ramadhan sahaja. Sekarang dah bulan Syawal” “Ooooooooo….”, kali ini lebih panjang “o” beliau. “Kenapa Sarah nak pergi bazar Ramadhan?”, tanya si ayah. “Sarah nak beli
“Ayah, nak Sarah pilih yang mana” “Yang warna pink tu” Sarah ambil skaf dan kenakan di kepalanya. Kemudian tunjuk yang lain pula “Ayah nak Sarah beli yang ni ke yang ni?” “Yang purple tu” Sama macam tadi, ambil kemudian letak balik dan tanya lagi; “Yang ni lawa tak?” “Lawaaaa Sarah”. Kemudian ambil gelang pula “Boleh
Memori Ramadhan | Di saat ini, kira–kira 12 hingga 15 tahun lepas, di saat ini saya selalunya berada di bazar Ramadhan. Oh, bukan untuk membeli juadah tetapi untuk berniaga. Selalunya mula dibuka pada waktu-waktu begini, berdekatan dengan waktu asar malah ada peniaga yang seawal zuhur sudah membuka tapak. Di kala itu, saya membantu makcik saya,
Tertunggu-tunggu #DramaRamadhanSarah bersiaran? 😆 Dari pagi tadi Sarah dan abang kakaknya mengikuti program Tahsin Quran di masjid berdekatan. Program dari pagi sampai petang, sekali dengan aktiviti memanah. Alhamdulillah, tiada rengekan ingin berbuka sehinggalah kami mengambilnya dari masjid selepas Asar tadi. Sebaik sahaja masuk kereta, Sarah terus merengek; “Sarah haus, nak minum” “Ok la, Sarah minumlah”, kata saya dengan
Info RM | Zakat Fitrah Di Malaysia, zakat fitrah dibayar berdasarkan harga beras. Selalunya kadar zakat fitrah sekitar RM7 berdasarkan keputusan Majlis Agama Islam negeri-negeri. Di Selangor, kadar zakat fitrah kekal RM7 seorang sebagaimana tahun lalu. Cuma tahun ini ada kempen untuk menggalakkan zakat fitrah dibayar berdasarkan harga beras yang biasa dimakan. Contohnya, kalau biasanya
Tip RM | Sedekah Ramadan Sedekah RM1 setiap malam di bulan Ramadan, seolah-olah sedekah RM 30,029. Formula digunakan: Jumlah sedekah = RM1 X 30 malam = RM30 1 malam lailatul Qadar = 1,000 bulan = 1,000 bulan x 30 hari = 30,000 hari Bermakna sedekah RM1 di malam lailatul Qadar = RM1 X RM30,000 TOTAL
AKADEMI RAMADAN Program Orientasi:Sepanjang bulan Syaaban. Para penuntut digalakkan untuk berlatih berpuasa Sesi Pengajian Am:Sepanjang hari bulan Ramadhan. Para penuntut mestilah memenuhi silibus wajib sepanjang tempoh pengajian Silibus Wajib:Menahan diri dari makan dan minum, daripada terbit fajar hingga terbenam matahari Silibus Pilihan:Solat terawikh, bertadarrus, bersedekah, bersahur , menjamu orang berbuka, iktikaf dan banyak lagi. Anugerah
Malam tadi memang berazam utk bangun awal utk bersahur, tidak mahu tragedi semalam berulang kembali. Jam 5 tepat, selepas bunyi telefon terus bingkas bangun. Alhamdulillah! Kali ini tak tunggu lama. Bergegas ke peti sejuk keluarkan makanan yg sepatutnya digunakan utk sahur semalam dan masukkan dalam pemanas. Malam tadi cek masih elok. Tak baik membazirkan. Sementara
Muhasabah utk diri sendiri. Sanggup beratur lama utk membeli nasi beriani viral, air jagung viral di Bazar Ramadhan berbanding berdiri lama utk solat tarawih di surau. Ampunilah dosa kami ya Allah.