fbpx

Contoh promosi takaful untuk pelaburan yang misleading oleh ejen dan dinafikan oleh syarikat takaful sendiri

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 548Words
  • 1040Views

Jadual ini dikongsi di komen posting saya.

Apabila saya persoalkan tentang pulangan 20% setahun, terus dipadam komen tersebut. Bagusnya, dia sedar perkara tersebut.

Saya kongsikan kepada public sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua.

Dah nak masuk tahun 2020, kereta dah nak terbang, tol dah nak mansuh, masih ramai ejen-ejen takaful yang mempromosi takaful sebagai instrumen pelaburan.

Siap perbandingan dengan ASB dan SSPN-i.

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Saya kongsikan posting-posting lama tentang perkara ini, yang saya dah bangkitkan sejak beberapa tahun lepas.

Stail promote takaful sambil membandingkan dengan ASB, Tabung haji, akaun simpanan bank – dah lama wujud. Kalau betullah takaful lebih baik dari semua instrumen kewangan lain, tak perlu ada dsh bank, ASB, TH dll

Bank Negara Malaysia sudah lama keluarkan info grafik ini, yang menyatakan bahawa takaful dan insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan

Ini real kes di negara jiran, Singapura. Selepas tamat tempoh polisi, jumlah simpanan yang dianggarkan ketika sign up polisi, tersasar jauh dengan realiti

Ini pula mesej daripada seorang pengguna, katanya selepas 4 tahun, simpanan yang ada hanya RM1,000

Ini pula “koleksi” keluhan-keluhan para pengguna takaful yang melanggan polisi medical card yang dikatakan ada simpanan dan pelaburan ketika sign up polisi.

Rentetan itu ada juga ejen-ejen tak puas hati. Kronologinya saya kongsi di sini. Biar ia jadi catatan sejarah

Dalam satu artikel, berkenaan kenapa golongan pertengahan di Malaysia sukar untuk mencapai kebebasan kewangan adalah berpunca disebabkan menggunakan takaful untuk simpanan dan pelaburan

Tulisan ini untuk para pelanggan memahami produk “investment – link” takaful, yang tidak saja dengan produk pelaburan seperti unit trust

Istilah simpanan banyak mengelirukan sebab ramai yang terfikir macam simpanan bank, simpanan ASB. Istilah yang tepat utk situasi ini ialah “nilai tunai” atau “cash value”.

https://afyan.com/istilah-simpanan-dalam-takaful-mengelirukan.html/

Kongsikan tulisan ini supaya lebih ramai alert. Biar ia sampai ke sellluruuh Malaysia dan Wakanda.

Kereta dah nak terbang, tol dah nak mansuh. Harap-harap tahun 2020 dah tak ada ejen buat perangai begini.

Takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan dan pelaburan.

Afyan Mat Rawi

UPDATE:

Brosur ini saya emelkan kpd kompeni berkenaan dan dah dapat respon.

Salam Afyan, terima kasih atas pertanyaan anda. Harap maklum bahawa brosur di atas tidak sepatutnya diiklankan. Kami telah pun mengarahkan supaya iklan tersebut diturunkan.

Untuk menjawab pertanyaan anda, kami tidak mempunyai pelan yang memberi jaminan pulangan sebanyak 20% seperti di atas. Pulangan dana akan berubah setiap tahun berdasarkan prestasi aset-aset.

Rujuk gambar dibawah

Berminat untuk mengetahui tentang perkara ini? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari FB Aiman Zaki Salleh 2020. Selain boleh…