EXCEED EXPECTATION – Minda Jutawan

EXCEED EXPECTATION.

Untuk membuat sesuatu perubahan, perlu mulakan dengan perubahan mindset terlebih dahulu.

Berjaya ubah mindset, akan berjaya ubah habit / tabiat.

Apabila habit mulai berubah, perubahan-perubahan lain akan datang sendiri.

Mindset dan habit pertama yang perlu dilakukan: Lakukan sesuatu lebih daripada apa yang sepatutnya. EXCEED EXPECTATION.

Ini salah satu mindset orang berjaya dan jutawan.

Jika selama ini datang meeting lambat, ubah.

Ubah kepada datang meeting lebih awal dari sepatutnya, barulah EXCEED EXPECTATION.

Jika datang ontime, ia hanya MEET EXPECTATION.

Lakukan dalam perkara-perkara lain.

Contoh lain, boss bagi tugasan untuk siapkan dalam masa 5 hari.

Jika siapkan dalam masa 5 hari, ia hanyalah MEET EXPECTATION. Siapkan dalam masa kurang 5 hari – barulah ia EXCEED EXPECTATION.

Dalam bisnes pun begitu, contohnya sebulan perlu dapat sales RM10,000 target. Jika hanya capai RM10,000 ia hanya MEET EXPECTATION. Untuk EXCEED EXPECTATION, perlu capai lebih apa dari sasaran.

Dalam ibadah pun begitu juga.

Solat, puasa dan lain-lain.

Bukan bermaksud kena solat lebih awal dari masuk waktu, ia dah jadi BID’AH.

Jika kita penuhi solat 5 waktu, ia hanyalah MEET EXPECTATION.

Jadi, untuk EXCEED EXPECTATION, perlu tambah dengan solat-solat lain.

Begitu juga dengan puasa, jika puasa hanya di bulan Ramadhan, ia hanya MEET EXPECTATION.

Untuk EXCEED EXPECTATION, perlu ditambah dengan ibadah puasa sunat lain.,

Posting ini adalah sambungan dari posting semalam berkenaan 7 LANGKAH MEMBINA KEJAYAAN KEWANGAN, di bawah langkah pertama; Membina Mindset. Rujuk posting semalam.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com