fbpx

Gerakan Mansuh PTPTN

Memandangkan dah banyak kali kerajaan buat U-Turn isu PTPTN, saya cadangkan gerakan mahasiswa anjurkan demonstrasi besar-besaran.

Ambil pengajaran bantahan ICERD.

Belum berhimpun, kerajaan dah tolak ICERD.

Bayangkan kalau mahasiswa buat kempen besar-besaran mansuhkan PTPTN dan umum untuk adakan demonstrasi, tiba-tiba kerajaan umum mansuhkan hutang PTPTN?

Barulah tepat dengn slogan “Student Power” dan “Suara Mahasiswa, Suara Keramat”.

Buat poster, buat forum, buat video, buat infografik dan sebagainya.

Saya yakin, takkan ada mahasiswa yang bangkang kempen memansuhkan hutang PTPTN.

Saya yakin mahasiswa penyokong PH, BN, PAS – akan sokong. Ia isu yang cukup dekat di hati mahasiswa dan anak muda.

Kalau ada juga mahasiswa yang bangkang, taktau nak kata apa dah.

Like dan share tanda sokongan.

Afyan Mat Rawi
Bekas aktivis Mahasiswa yang dah habis bayar hutang PTPTN

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com