Hadith-hadith tentang riba
Hadith-hadith tentang riba.
Dalam hadith-hadith ini ditunjukkan oleh Nabi Muhammad contoh-contoh transaksi yang berlaku riba.
HADITH 1:
Nabi Muhammad memberi panduan transaksi Item-item berikut hendaklah sama berat dan “lani” (on the spot)
- emas
- perak
- gandum
- barli
- tamar
- garam
Item-item ini dipanggil item ribawi.
Semua berkaitan dengan isu teknikal / kontrak / aqad / transaksi.
Jika tidak berlaku pertukaran secara on the spot dan sama nilai, maka berlaku riba.
HADITH 2:
Nabi larang sahabat tukar kurma biasa dengan kurma janib (kurma berkualiti) jika berbeza timbangan.
Tukar 1 sa’ kurma janib dengan 2 sa’ kurma biasa = RIBA
Tukar 2 sa’ kurma janib dengan 3 sa’ kurma biasa = RIBA
Nota: Kurma janib adalah jenis kurma yang berkualiti. Manakala sa’ ialah unit timbangan zaman tersebut. Boleh gantikan sa’ dengan kilogram untuk memudahkan pemahaman.
Nabi suruh jual dulu kurma biasa & kemudian hasilnya beli kurma janib.
Jual kurma biasa dengan dirham, dan kemudian beli kurma janib dengan dirham tadi = TIDAK RIBA.
Dalam kedua-dua transaksi riba dan bukan riba di atas, hasil hujungnya tetap sama.
Yang membezakan adalah teknikal / kontrak / aqad / transaksi.
Transaksi riba melibatkan pertukaran item ribawi 2 pihak, manakala transaksi tanpa riba pula melibatkan pihak ketiga yabg akan membeli salah satu item ribawi.
HADITH 3:
Bilal bercerita kepada Nabi Muhammad bahawa dia membeli 1 gantang kurma barni (kurma kualiti) dengan 2 gantang kurma biasa.
Nabi terkejut kerana ia riba!
Lalu Nabi berikan panduan: Sepatutnya jual dulu kurma biasa. Selepas jual baru kemudian beli kurma barni.
Tukar 1 gantang kurma barni dengan 2 gantang kurma biasa = RIBA
Jual dulu kurma biasa, hasil jualan baru beli kurma barni = TIDAK RIBA
Hasil akhir tetap sama. Apa beza? Teknikal / akad / kontrak / transaksi.
SOALAN: Tang mana berlaku RIBA dalam contoh-contoh transaksi diberikan.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran