fbpx

Hobi mengumpul quotation takaful

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 156Words
  • 260Views

Dalam sesi weekly activity review, seorang rakan ejen berkongsi tentang prospeknya yang ingin melanggan takaful untuk suaminya dan mengumpul beberapa quotation sebelum menghubungi beliau.

Memang biasa prospek takaful akan survey dan dapatkan quotation daripada beberapa ejen sebelum buat keputusan.

Tapi kali ini lain macam sedikit. Prospek tersebut mengumpul quotation lebih daripada 10 orang ejen dengan berbelas-belas quotation!

Nak dijadikan cerita, prospek berkenaan mengumpulnya kira-kira 2 tahun sebelum suaminya baru-baru ini ditimpa sakit gout.

Satu perkara yang prospek itu lakukan juga ialah, dapatkan quotation daripada beberapa ejen berbeza daripada kompeni yang sama juga.

Kata prospek berkenaan, dia dapati quotation yang disediakan oleh ejen berbeza berdasarkan kefahaman dan ilmu ejen berkenaan.

Satu sudut, ia satu usaha yang bagus sebagai seorang pelanggan untuk mendapatkan produk terbaik.

Namun sayangnya, apabila terlalu lama membuat survey sehingga jatuh sakit, ia membawa implikasi lain pula.

Patut boleh jadi ejen takaful 😊

Ada sesiapa di sini mempunyai hobi mengumpul quotation?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan…