fbpx

Jutawan palsu

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 166Views

Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka.

Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”.

Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh gaji yang tinggi setiap bulan atau memiliki harta yang banyak dan atas dua sebab itu telah menyebabkan mereka termasuk dalam kategori T20.

Benar, mereka banyak duit tapi belum tentu hakikatnya mereka ialah orang kaya, apatah lagi jutawan sebenar.

Ada 4 kategori jutawan palsu atau orang banyak duit:

1. Orang kaya palsu. Mereka ada income yang besar dan dengan income tersebut mereka membeli simbol-simbol kekayaan. Hakikatnya, semua yang dibeli itu secara hutang.

Makin besar income mereka, makin banyak simbol kekayaan yang mereka beli, dan makin besar hutang yang mereka ada.

2. Usahawan palsu. Mereka ni hampir sama dengan yg pertama, cuma bezanya mereka terdiri daripada usahawan seperti founder produk, network marketing, MLM, ejen unit trust, ejen takaful.

Tujuan mereka menayangkan kekayaan untuk menarik prospek pelanggan dan ejen.

3. Mereka yang mewarisi jutaan. Mereka terima wang secara terkejut atau tanpa usaha yang banyak. Contohnya anak yang mewarisi harta ayahnya selepas meninggal dunia. Atau balu yang mewarisi pampasan takaful / insurnas selepas kematian suami.

Contoh paling klasik di Malaysia ialah jutawan Felda Sendayan dan LBJ yg jadi jutawan selepas menerima pampasan daripada kerajaan.

4. Selebriti berbakat. Mereka terdiri daripada artis atau ahli sukan yang mendapat banyak pendapatan lantaran bakat yang mereka ada.

Selalunya hidup mereka senang pada zaman kegemilangan sahaja, tapi malangnya ia tak lama. Apabila zaman mereka berlalu, hidup mereka miskin.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Analisa Shariah Terhadap Program Ayam Kampung PAKKP Oleh kerana program…