Inflasi karipap
Program malam tadi. Topik: Financial Independence Retire Early atau FIRE.
Teka apa yang saya duk sembang?
Dalam program semalam di TH Hotel Kelana Jaya anjuran Takaful IKHLAS Central Region, saya sambang pasal karipap.
Sekarang tahun 2023 harga karipap lebih kurang 60 sen sebiji di Lembah Kelang ni.
10 tahun lepas tahun 2013 berapa harga karipap? Ingat-ingat lupa, lebih kurang 3 biji utk RM1. Lebih kurang 35 sen sebiji.
20 tahun lepas? Lebih kurang 25 sen.
30 tahun lepas? Lebih kurang 20 sen.
Begitulah seterusnya.
Sekarang tahun 2023, kita akan kata harga karipap mahal, 60 sen sebiji.
Saya pernah beli harga RM1.20 sebiji dekat Cheras, lepas solat Jumaat. Terkejut juga. Saiz normal, macam karipap biasa, tapi inti penuh.
Kenapa kita kata mahal? Sebab kita compare dengan keyword harga 10 tahun lepas.
Kemudian saya buat simulasi sama untuk harga rumah teres di Lembah Klang. Purata harga sekarang lebih kurang RM700,00 untuk sebuah rumah teres 2 tingkat di Lembah Klang.
10 tahun lepas?
20 tahun lepas?
30 tahun lepas?
Perkara sama berlaku, kita akan rasa harga rumah sekarang mahal sebab kita compare dengan harga 10 tahun lepas.
Tapi, ketika kita berada pada tahun 2013, adakah kita anggap harga rumah murah?
Ada tak kita kata
“Eh, harga rumah sekarang ni murah la”
“Eh, harga karipap sekarang murah la”
Tak ada punya….
Jadi sebenanrnya, harga karipap dan rumah sekarang ni murah, jika kita compare dengan harga pada tahun 2033, 2043, 2053.
Jadi, nikamtilah karipap daripada sekarang.
Soalan: Nampak kurus tak saya dalam gambar ni?
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran