Perbandingan Tak Adil Antara Takaful vs ASB

Posting seorang ejen takaful tahun 2012.

Ejen takaful mempromosi produk mereka dengan memburukkan ASB bukan baru berlaku. Ia dah lama berlaku dan diwarisi dari satu generasi ejen ke satu generasi ejen.

Jika ada yang kata “mungkin ejen baru yg buat”, alasan tu tak valid untuk ia dibiarkan atau diambil mudah.

Ya, mungkin ejen baru tu tak tau ia misleading. Tapi barang diingat, ejen baru tersebut diajar dan dilatih oleh ejen dan leader yang senior.

Ejen baru takkan berani buat promosi misleading seperti ini kalau tak dapat restu ejen senior, leader dan ejensi.

Contohnya posting ini. Perbandingan tak adil antara takaful dengan ASB. Siap boleh letak dividen minima 9%.

Ejen baru ini kemudiannya menjadi ejen senior dan leader, ajar benda sama kpd ejen baru tahun 2020.

Ia bukan salah produk, tapi salah ejen dan ejensi yang misleading.

Jika dulu promosi mereka menggunakan terma “medical card 3 in 1”, tahun 2020 dah tak guna sangat sebab dalam masa hampir 10 tahun, dah beberapa kali caruman medical card meningkat.

Saving pun dah ke laut.

Jika orang luar yang bongkar, akan eda ejen takaful yang kata orang luar tak faham.

Jika orang dalam industri yang bongkar, dikata pula dengki.

Aptb…

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Buku Bijak Merancang Wang
RM37.00
www.bukubmw.com
Girl in a jacket