Jadi Ejen Takaful Atau Unit Trust Lebih Bagus?
Saya ditag dalam sebuah komen pada satu status yang membandingkan kedua-dua bisnes takaful dan unit trust.
Tulisan tersebut pro kepada bisnes takaful berbanding unit trust.
Sebagai seorang Group Agency Manager di sebuah syarikat takaful dan seorang Team Leader di sebuah syarikat unit trust, pandangan itu ada benarnya – cuma pada saya yang menjalankan kedua-duanya, berpendapat ada banyak lagi kelebihan bisnes unit trust yang tidak diceritakan.
Saya terlibat dalam industri ini sejak tahun 2003 sebagai ejen takaful dan 2009 sebagai ejen unit trust.
Kedua-dua takaful dan unit trust mempunyai fungsi tersendiri dan sukar untuk dibandingkan antara satu dengan lain.
Kedua-duanya saling lengkap melengkapi.
Umpama baju dengan seluar. Takkan nak kata baju lebih bagus dari seluar?
Beliau sudah ceritakan kelebihan bisnes takaful, yang mana saya setuju sebahagian besarnya, jadi saya nak berkongsi pula kelebihan ejen unit trust;
1. Mudah close;
Close unit trust 10 kali lebih mudah dari mempromosi takaful.
Takaful bercakap tentang mati, lumpuh, sakit, masuk hospital.
Unit trust bercakap tentang keuntungan. Mana orang lebih suka? 🙂
Orang yg sudah langgan takaful sukar utk approach tambah polisi, atas faktor bajet.
Tapi orang yang pernah invest unit trust lagi mudah untuk cadangkan invest dengan unit trust baru.
2. Komisen sikit tapi volume besar.
Takaful, caruman RM200-300 sudah cukup besar.
Tapi unit trust, dari serendah RM100 hingga sebesar RM100,000 ke RM1 Juta pelabur akan invest.
Saya ada klien yang langgan takaful tak sampai RM50 selama beberapa tahun saya jadi ejen.
Tapi apabila saya aktif unit trust dan tunjukkan beliau, terus invest RM30 ribu!
Banyak lagi kes lain.
3. Boleh invest guna KWSP.
Tidak seperti takaful yang hanya melalui cash.
Jadi orang yang bajet bulanan ketat pun masih boleh jadi klien.
4. Tiada underwriting.
Tidak seperti takaful, hanya orang yang sihat sahaja diterima.
Jadi timbul masalah, apabila jumpa klien yang banyak duit tapi ada penyakit.
Duit banyak pun tak guna, tapi tak boleh join skim takaful.
Unit Trust? Selalunya lagi berusia seseorang, lagi banyak modal mereka untuk invest.
Orang yang banyak penyakit selalunya orang kaya. Hehe….
5. Pasif income.
Siapa kata dalam unit trust tiada pasif income?
Ada, ia dipanggil trailer comission.
Bukan setakat 6 tahun, tapi selagi mana Investment klien dalam AUM (asset under management) kita, selagi itu kita dapat komisen tersebut.
Amacam, best tak unit trust?
6. Perbandingan yang adil.
Di Malaysia ada lebih 10 syarikat takaful, dan ada 40 syarikat unit trust dan beratus-ratus produk mereka.
Dalam takaful, tidak ada satu badan pun yang membuat perbandingan antara produk takaful yang ada di pasaran.
Kalau ada pun daripada ejen dan sudah tentu ia bias.
Tapi dalam unit trust kita ada banyak research house yang membuat perbandingan adil antara dana-dana unit trust di Malaysia.
Contoh; Bloomberg, Lipper, Novagni, Morningstar dan lain-lain
Semua ini adalah badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana syarikat unit trust yang boleh membuat perbandingan adil.
7. Single License Investment.
Masalah dalam bisnes takaful ialah klien mula buat comparison dari satu syarikat ke satu syarikat.
Dan jika kita ejen Syarikat A, kita tak boleh jual produk Syarikat B.
Tapi tidak dalam bisnes unit trust. Kita ada platform Single License Investment yang membolehkan ejen mempromosi 350 produk unit trust merentas 27 syarikat unit trust di Malaysia.
Dan platform ini tidak ramai lagi yang tahu. Ada yang nak tahu? PM tepi.
KESIMPULAN, ini strategi bisnes saya bagaimana saya dapat jadi GAM dalam bisnes takaful ketika saya buat unit trust dalam masa sama saya dapat jadi antara top producer unit trust;
1. Jadikan unit trust sebagai door opener.
Mula-mula close unit trust sebab lebih mudah close, kemudian apabila sudah ada rapport dan trust, approach pula takaful.
Orang yang memerlukan unit trust tetap memerlukan takaful kan?
2. Modul Financial Planning.
Saya bangunkan satu modul yang digunakan oleh ejen-ejen saya untuk present tentang modul financial planning dan kemudian membolehkan ejen dan klien faham kepentingan kedua-dua takaful dan unit trust.
Jika ada rezeki, bukan setakat unit trust dan takaful, malah sekali close untuk wasiat, e-book, seminar dll
Jadi, kenapa pilih salah satu sedangkan kita boleh jalankan kedua-duanya?
Nak join group saya?
BOP Single License Investment
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran