fbpx

Jangan Beli Kereta Jika…

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 244Words
  • 509Views

Dipetik dari FB Azizul Azli Ahmad

#TabungKereta

Bab kereta selalunya jadi isu yang sangat sensitif dalam masyarakat kita.

Jika tersalah beli, mereka akan pertahankan dengan apa sahaja hujah untuk halalkan cara mengapa membeli kereta itu.

Jika mampu bayar silakan sahaja.

Jika dah salah beli, ini nasihat mudah dari saya musim PKP ini.

1. Bincang dengan bank, “Saya mahu struktur semula pembiyaan kereta saya. Gaji dah kena potong 40%, bolehkan turunkan kadar faedah, panjangkan tempoh atau sedekah saja kereta buruk ini pada saya?”. Tanya baik baik ya.

2. Jika gagal, dapatkan bantuan AKPK sebagai orang tengah untuk rundingan hutang kita. Mereka akan bantu.

3. Sewakan kereta kita pada agensi sewa kereta.

4. Jadi pemandu Grab bagi jana duit dari kereta.

5. Serah kembali kereta kita pada pihak bank, “Mohon maaf saya dah tak mampu bayar kereta ini, saya nak serahkan kembali”.

Sebelum kena tarik dan malu kena viral, baik kita serahkan kembali pada bank kereta idaman kita.

Jangan terlalu bernostalgia bab kereta;

“Alllllah, inilah hasil titik peluh saya beli waktu join Tok Belagak jual emas dulu, ini saja kenangan manis dengan dia yang masih ada”.

Bila ingat kisah Tok Belagak, mesti saya ingat Tuan Afyan Mat Rawi yang berjaya bongkar peristiwa emas dulu kala.

Ada 17 video menarik Tuan Afyan Mat Rawi disini kalau nak tonton bab urus wang dengan bijak.

boleh klik di sini : eSeminarBMW

boleh klik di sini : eSeminarBMW

Selamat belajar kawan, ia sebuah pengorbanan. Salam 15 Ramadan.

Azizul Azli Ahmad

#Belajarlah Mengurus Kewangan

 

Sumber daru FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari FB Khairul Abdullah Gambar sekadar hiasan Pernah…