fbpx

Jangan Pertikaikan Institusi Zakat

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 337Words
  • 409Views

Ramai yang pertikai, kenapa ada birokrasi untuk mohon duit zakat? Kenapa perlu isi segala macam borang, sedangkan itu adalah hak asnaf? Selalunya yang pertikaikan, akan datang sekali dengan sumpah seranah dan maki hamun kepada pusat zakat.

Entah orang yang pertikai tu sejauh mana menunaikan ibadah zakat, kita tahu.

Kalau nak jawab mudah + sentap, boleh je jawab macam ni:

“Bro, kalau Bro nak keluarkan duit dekat ATM pun ada SOP. Kena datang bank, kena beratur, kena isi nombor pin – baru boleh keluarkan. Kalau amaun yang banyak – kena ke kaunter bank dan ada borang yang kena diisi.”

Itu duit kita sendiri, pun ada birokrasi tertentu untuk keluarkan duit. Kalau guna logik orang yang suka pertikaikan duit zakat tadi, patutnya bank bagi je la tanpa perlu isi nombor pin atau isi borang, sebab itu duit kita?

Nak keluar duit sendiri pun ada prosedur, inikan pula nak keluarkan duit amanah para pembayar zakat.

Ramai yang pertikai pasal prosedur zakat tapi tak ramai yang tahu realiti sebenar bagaimana pegawai zakat bekerja memastikan amanah tersebut sampai kepada pihak yang selayaknya.

Di bawah ini adalah posting Twitter daripada salah seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor ini, bagaikan mereka berurusan dengan asnaf yang pemalas.

Kalau anda sebagai pembayar zakat, nak tak bayar zakat kepada orang sebegini?

IKLAN

Topik tentang ZAKAT ini terkandung dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q di dalam Buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

1. Aliran Tunai

2. Aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang bulan puasa ni banyak betul cerita-cerita yang viral kemudian…