Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?
Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka.
Sudah lebih 20 tahun sistem kewangan Islam bertapak di Malaysia.
++++
Sedang saya berurusan di sebuah perbankan Islam, seorang pegawai bank berkenaan menegur saya.
”Buat apa tu dik”, katanya yang berpangkat kakak.
”Hantar borang potongan klien saya”, jawab saya merujuk kepada borang potongan arahan tetap untuk premium bulanan pelanggan saya.
”Oh, potongan untuk apa?”, tanyanya.
”Potongan takaful”, kata saya.
”Puan sudah memiliki takaful?”, tanya saya sebelum dia ”melarikan diri”.
Ramai orang yang akan melarikan diri apabila berjumpa ejen takaful seperti saya. Jadi saya perlu bertindak pantas sebelum dia “lari” 🙂
”Oh, saya sudah ada”, jawabnya.
”Baguslah jika begitu. Polisi puan daripada syarikat mana?”, tanya saya pula.
Jika tadi dia yang bertanya, kini giliran saya pula. Moga-moga terbuka hatinya untuk membuat temujanji dengan saya.
”Dengan Syarikat Insurans XXX,” katanya.
”Dengan syarikat mana puan?,” tanya saya agar saya tidak tersalah dengar kerana dia menyebut nama syarikat insurans, bukan takaful.
”Syarikat Insuranas XXX,” ulangnya lagi.
”Eh, bukankah itu syarikat insurans konvesional?”, tanya saya, agak kaget kerana setahu saya syarikat berkenaan memang syarikat insurans konvesional dan tidak memiliki lesen takaful.
”Tidaklah, mereka kata mereka ada panel syariah”, kata beliau.
”Puan, setahu saya ia ia adalah syarikat insurnas konvesional. Jika namanya syarikat insurans konvesional, maka tentu ia tidak memenuhi keperluan syarak?”, soal saya bertalu-talu memandang beliau adalah kakitangan perbankan Islam.
Syarikat tersebut sememangnya syarikat insurans konvesional, bukan syarikat takaful yang dimiliki oleh syarikat insurans konvesional. Saya amat pasti tentnag perkara itu.
”Tidak mengapalah”, katanya endah tidak endah.
”Beginilah puan, apa kata kita adakan temujanji untuk saya terangkan lebih lanjut perbezaan di antara takaful dengan insurans?”, pinta saya pula.
Saya rasa bertanggungjawab untuk menerangkan sesuatu kepada beliau. Tentang perbezaan takaful dan insurans.
”Tidak mengapalah”, katanya dengan suara yang agak tinggi.
Saya sedikit terkejut kerana dia seolah-olah marah kepada saya.
”Puan, saya bukan ingin mempromosi takaful, tetapi ingin menerangkan tentang polisi insurans yang Puan ambil tersebut bersalahan dengan syarak”, kata saya pula.
”Tidak mengapa, tidak mengapa”, katanya lantas terus berlalu.
Saya terpana seketika.
Kecewa.
Bukan kecewa kerana tidak mendapat pelanggan. Atau kecewa kerana beliau tidak mahu mengambil polisi takaful dengan saya.
Tetapi kecewa kerana beliau memilih produk insurans konvesional berbanding takaful.
Lebih kecewa lagi, beliau tidak mahu lansung mendengar penerangan saya tentang perbezaan insurans konvensioanl dan takaful.
Lebih kecewa lagi, beliau adalah seorang Muslim.
Yang paling mengecewakan, beliau adalah kakitangan sebuah perbankan Islam yang agak lama di Malaysia.
Kalau bukan orang Islam yang menyokong produk Islam, siapa lagi?
Baca juga:
Takaful Yong Tau Foo
Takaful Pening
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
susah nak explain lebih2 lagi bila ahli keluarga sendiri terjebak dengan insurans konvensional. knp agaknya mrk tertarik yg konvensional…sedangkan yg islamik sudah ada…
Bapa saudara nabi pun ada yang menentang nabi 🙁
salam sejahtera
kali pertama comment dalam blog ni
sebelum datang tengok lepas tu blah..hhe
saya da beberapa kali buat potongan bank untuk klien saya,
tapi setiap kali tu jugak kena gaduh dulu dengan pegwai bank tempat tu. Asik2 kna dengar benda yang sama, oh! ini melibatkan third party, pemilik akaun sebenar yang kena datang., ayat macam ni la yang saya kna dengar dulu..hampeh betul2. tapi last2 dapat jugak buat.
saya pun mempromosikan produk takaful jugak, tapi da tak buat sangat sekarang sebab bizi dengan belajar. Jadi sempat la close beberapa sale sahaja.
rata2 yang saya nampak orang islam tu sendiri merasa berat nak ambik produk kewangan islam sebab mahal..kalau diikutkan memang mahal pun, lepas tu pulangan dia memang kurang, dan kadang2 lbih rendah dari produk kewangan konvensional. Saya cakap secara general sahaja, ada je produk kewangan islam yang lebih murah dan pulangan baik juga.
Tapi pada pandangan saya, isu berkenaan mahal, pulangan rendah ni semua timbul sbab masyarakat kita lebih terdedah dengan konsep2 inflasi, deflasi, dsb tapi kita kurang pendedahan dengan konsep berkat. Masyarakat lebih risau kalau purchasing power mereka menurun disebabkan inflasi, tapi tak bayak pulak yang risau kalau2 duit yang mereka guna untuk membuat sebarang pembelian itu berkat ataupun tidak. padahal kalau wang yang kita guna tu berkat, tak kisah la inflasi macam mana sekalipun, insya allah duit akan cukup.
Terima kasih Sdra modhsabree yang selama ini menjadi silent reader blog saya selama ini.
Secara umumnya isu mahal atau murah sebenarnya tiada kaitan dengan Islamik atau konvesional.
Tepuk dada, tanya iman.
Apa Takaful Mahal???
Hmm…rasanya mereka yang bersependapat dengan mengatakan Takaful MAHAL mungkin kurang jelas dengan konsep dan pengurusan kewangan ISLAM.
Atau mungkin agen takaful gagal menerangkan konsep sebenar tentang takaful..ada kemungkinannya..
Harus diingat insuran/takaful merupakan produk kewangan yang digunakan untuk melindungi kewangan seseorang dan bukannya untuk membuat untung….
Ingat! Soal Mahal atau Murah bukan isunya, apa yang penting ianya memenuhi hukum syarak atau tidak?
HALAL atau HARAM itu ISUnya yang penting…
Apakah ada di antara kita yang sanggup membeli dan memakan ayam yang tidak disembelih hanya kerana harganya lebih MURAH daripada yang disembelih menurut hukum syarak????
Kadang-kadang sedih melihat isu ini dipandang remeh oleh masyarakat 🙁
Thinkerich, masalah takaful dan ayam berbeza. orang beli ayam untuk dimakan manakala takaful untuk perlindungan a.k.a duit.
aku rasanya mungkin orang-orang islam (baca:melayu) di malaysia lemah matematik. tak tahu laa spm matematik dapat apa. mungkin bab matematik dalam perniagaan kurang ditekankan di sekolah kot hehehe
namun jika ada peluang …
Kalau syarikat tu memang pelaburannya ikut syariah tp masih tidak dapat lesen takaful kerana politik di Malaysia, macamana tu?
Kalau dah masuk Insurans 10 tahun lepas, tapi sebab konvensional, takkan nak berhenti, rugi plak duit saya selama ni.Kalau baru nak masuk takaful, umur dah meningkat.Boleh bagi pandangan?
@ Mi,
“Kalau syarikat tu memang pelaburannya ikut syariah tp masih tidak dapat lesen takaful kerana politik di Malaysia, macamana tu?”
– Boleh saya tahu syarikat mana?
– Saya pernah jelaskan di dalam tulisan saya di https://afyan.com/ver1/?p=834 tentang halal haram bukan pada nama.
– Isu halal haram takaful dan insurans adalah pada kontraknya bukan pada pelaburan.
“Kalau dah masuk Insurans 10 tahun lepas, tapi sebab konvensional, takkan nak berhenti, rugi plak duit saya selama ni.Kalau baru nak masuk takaful, umur dah meningkat.Boleh bagi pandangan?”
– Ya, dari segi material memang pencarum akan mengalami kerugian.
– Tetapi insya-allah pencarum mendapat keuntungan dari segi akhirat.
ubah sikit jalan cerita
===================================================================================
”Eh, bukankah itu syarikat insurans konvesional?”, tanya saya, agak kaget kerana setahu saya syarikat berkenaan memang syarikat insurans konvesional dan tidak memiliki lesen takaful.
”Tidaklah, mereka kata mereka ada panel syariah”, kata beliau.
”Puan, setahu saya ia ia adalah syarikat insurnas konvesional. Jika namanya syarikat insurans konvesional, maka tentu ia tidak memenuhi keperluan syarak?”, soal saya bertalu-talu memandang beliau adalah kakitangan kerajaan.
Syarikat tersebut sememangnya syarikat insurans konvesional, bukan syarikat takaful yang dimiliki oleh syarikat insurans konvesional. Saya amat pasti tentang perkara itu.
===================================================================================
petang tadi opis aku ada wakil cuepacs ada datang nak promosi tentang Data Restu.
dalam kertas yang dibagi, bagitau pelaburan dikawal oleh penasihat yang bertauliah.
cari dalam Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia aku tak jumpa pun data restu ini. dalam http://www.zaharuddin.net/content/view/304/ UZAR ada tulis dalam ruangan komentar dia
———————————————————————————
Posted by faizal, on 18-02-2009 14:09,
7. boleh ustaz jawab komen pertama
Great Eastern ade dua dana islam..pertama dana restu(market share) dan dana sejati(bond).persoalannya ustaz adakah haram sekiranya kita melabur dlm dana tersebut..tujuan untuk persaraan.
UZAR : Jika ia diluluskan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti, then it is ok
———————————————————————————
aku masih mengoogle lagi ini. dalam blog pakdi aku tak jumpa lagi
ok, aku baru terjumpa http://www.e-insuran.com.my/products.htm
DANA RESTU
Great Eastern telah menubuhkan Dana Restu secara khusus untuk memenuhi keperluan pelaburan masyarakat Muslim. Ia adalah dana pelaburan yang diuruskan dan membolehkan wang ahli anda dikumpulkan bersama-sama dengan pelabur-pelabur lain dan ahli anda akan mendapat manfaat daripada pelaburan di dalam porfolio yang dipelbagaikan. Sebagai tambahan, Dana Restu membuat pelaburan hanya di dalam sekuriti dan pelaburan anda mengikut undang-undang Syariah. Untuk memastikan pelaburan anda mengikut undang-undang Syariah, kami telah melantik Penasihat Korporat yang bertauliah di dalam urusan Syariah dengan Dana Restu. Premium pelaburan anda akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Dana Restu. Dana ini diuruskan oleh pengurus-pengurus Great Eastern. Matlamat pengurus dana adalah untuk mencapai pulangan yang terbaik dan konsisten dengan polisi pelaburan jangka serdehana dan jangka panjang Dana Restu ini. Sila ambil perhatian bahawa ia bukanlah sejenis plan Takaful dan oleh kerana anda akan mendapat manfaat penuh apabila prestasi pelaburan menguntungkan, anda juga menanggung risiko pelaburan skim ini.
Kita tunggu kajian yang Sdra Amin007 jalankan 🙂
ok, aku dah hantar email kepada Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia
tunggu dalam beberapa hari untuk sahkan kajian aku hehehe
tapi kan …
ini jawapan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tuan,
Terima kasih diatas email tuan bertarikh 6 Oktober 2009.
Harap maklum, hal ehwal insurans adalah dibawah bidangkuasa Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di alamat berikut:
Bahagian Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603 – 26988044
Fax: 603 – 26996919
Sekian.
Yang benar
Bahagian Hubungan Korporat
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
jawapan bank negara
Tuan,
Terima kasih atas kiriman e-mel tuan bertarikh 8 Oktober 2009.
Kami ingin memaklumkan bahawa setiap produk yang ditawarkan oleh sesuatu institusi kewangan
adalah berbeza antara satu sama lain. Untuk sebarang pertanyaan terperinci terhadap produk
yang tuan maksudkan, kami ingin sarankan tuan untuk berhubung terus dengan institusi berkenaan.
Maklumat lanjut institusi tersebut boleh didapati di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=39&pg=197&ac=53&cat=insurance&type=L
Harap maklum.
Dahlia Mohd Amir
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
jadi itulah kajian saya, ada apa-apa persoalan berbangkit?
Jadi, mana satu jawapannya?
jawapannya saya kena tanya Great Eastern tentang Dana Restu.
SC dan Bank Negara tak boleh bagi jawapan sebab di luar bidang tugas dia orang.
tengah fikir nak buat soalan untuk tanya dia orang (Great Eastern) pasal ini.
Kita tunggu kajian seterusnya 🙂
salaam…
hehe.. ada bau2 sinikal di situ. nampak mcm bnm @ sc pun tak tau apa2 maklumat pasal dana.
i think, u sent to the wrong persong. or most probably, their kerani only.. reply that mail! uhuh.. 😉
Tungguu….
Assalamualaikum,
bagaimana dengan keputusan daripada En Amin007 berkenaan isu Great Eastern dan Dana Restu ni yer?
Mohon maklum balas..
Thanx 🙂
Great Eastern merupakan syarikat insurans konvensional, justeru produk-produk keluarannya tidak berasaskan syariah.
Assalamualaikum,
apakah faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya penyertaan orang islam di malaysia dalam pelan tatakul.
saya nak tanya pada saudara ,sebelum bertanya saya mohon maaf kerana saya bukan agen insuran ,berkenaan dengan takaful pendapat saya sebagai seorang muslim memang menarik produk takaful ,tapi yang kurang menarik kenapa agen dari bangsa lain yang menjual yang tidak tahu hukum hakam ttg ugama kita .baru ini saya ketesco saya terjumpa dengan syarikat etiqa takaful agent yang jual dikata ini halal punya ,tapi gaji atau komisen dtg dari mana lepas tu dia minum arak buat modal ditempat yg tidak baik bg kita bagaimana.