fbpx

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?

  • 15 years ago
  • 3Minutes
  • 411Words
  • 547Views

Sudah lebih 50 tahun kita Merdeka.

Sudah lebih 20 tahun sistem kewangan Islam bertapak di Malaysia.

++++

Sedang saya berurusan di sebuah perbankan Islam, seorang pegawai bank berkenaan menegur saya.

”Buat apa tu dik”, katanya yang berpangkat kakak.

”Hantar borang potongan klien saya”, jawab saya merujuk kepada borang potongan arahan tetap untuk premium bulanan pelanggan saya.

”Oh, potongan untuk apa?”, tanyanya.

”Potongan takaful”
, kata saya.

”Puan sudah memiliki takaful?”, tanya saya sebelum dia ”melarikan diri”.

Ramai orang yang akan melarikan diri apabila berjumpa ejen takaful seperti saya. Jadi saya perlu bertindak pantas sebelum dia “lari” 🙂

”Oh, saya sudah ada”, jawabnya.

”Baguslah jika begitu. Polisi puan daripada syarikat mana?”, tanya saya pula.

Jika tadi dia yang bertanya, kini giliran saya pula. Moga-moga terbuka hatinya untuk membuat temujanji dengan saya.

”Dengan Syarikat Insurans XXX,”
katanya.

”Dengan syarikat mana puan?,” tanya saya agar saya tidak tersalah dengar kerana dia menyebut nama syarikat insurans, bukan takaful.

”Syarikat Insuranas XXX,” ulangnya lagi.

”Eh, bukankah itu syarikat insurans konvesional?”, tanya saya, agak kaget kerana setahu saya syarikat berkenaan memang syarikat insurans konvesional dan tidak memiliki lesen takaful.

”Tidaklah, mereka kata mereka ada panel syariah”, kata beliau.

”Puan, setahu saya ia ia adalah syarikat insurnas konvesional. Jika namanya syarikat insurans konvesional, maka tentu ia tidak memenuhi keperluan syarak?”, soal saya bertalu-talu memandang beliau adalah kakitangan perbankan Islam.

Syarikat tersebut sememangnya syarikat insurans konvesional, bukan syarikat takaful yang dimiliki oleh syarikat insurans konvesional. Saya amat pasti tentnag perkara itu.

”Tidak mengapalah”, katanya endah tidak endah.

”Beginilah puan, apa kata kita adakan temujanji untuk saya terangkan lebih lanjut perbezaan di antara takaful dengan insurans?”, pinta saya pula.

Saya rasa bertanggungjawab untuk menerangkan sesuatu kepada beliau. Tentang perbezaan takaful dan insurans.

”Tidak mengapalah”,
katanya dengan suara yang agak tinggi.

Saya sedikit terkejut kerana dia seolah-olah marah kepada saya.

”Puan, saya bukan ingin mempromosi takaful, tetapi ingin menerangkan tentang polisi insurans yang Puan ambil tersebut bersalahan dengan syarak”, kata saya pula.

”Tidak mengapa, tidak mengapa”,
katanya lantas terus berlalu.

Saya terpana seketika.

Kecewa.

Bukan kecewa kerana tidak mendapat pelanggan. Atau kecewa kerana beliau tidak mahu mengambil polisi takaful dengan saya.

Tetapi kecewa kerana beliau memilih produk insurans konvesional berbanding takaful.

Lebih kecewa lagi, beliau tidak mahu lansung mendengar penerangan saya tentang perbezaan insurans konvensioanl dan takaful.

Lebih kecewa lagi, beliau adalah seorang Muslim.

Yang paling mengecewakan, beliau adalah kakitangan sebuah perbankan Islam yang agak lama di Malaysia.

Kalau bukan orang Islam yang menyokong produk Islam, siapa lagi?

Baca juga:
Takaful Yong Tau Foo
Takaful Pening

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

23 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
gambar dari sumber google Ketika saya sedang menaip tulisan ini,…