Keliru Takaful Dan Insurans
Dipetik dari FB M Firdaus Ibrahim
Masih ramai di luar sana masih keliru antara takaful dan insurans. Ada yang menghubungi saya bertanya adakah ini insurans? Saya menjawab ini adalah produk takaful. Jadi kebiasaannya mereka akan tanya perbezaan. Jadi di sini saya senaraikan perbezaannya.
1. Sebenarnya insurans dan takaful ini ada perbezaan dari segi hukumnya pada agama Islam. Hukum melanggan insuran adalah haram dan takaful pula halal.
2. Konsep takaful ini adalah konsep berasaskan tolong menolong dan kerjasama. Manakala insurans pula berdasarkan faktor faktor komersial semata-mata.
Untuk contoh yang mudah di fahami ialah konsep takaful ini adalah seperti khairat kematian. Setiap ahli akan meyumbang kepada AJK masjid dan AJK masjid akan membantu memberikan dana apabila berlaku kematian kepada ahli yang menyumbang. Takaful masih menggunakan konsep yang sama dengan sumbangan ini diruruskan oleh syarikat takaful.
3. Operasi takaful pula dipantau oleh Majlis Penasihat Syari’ah (SAC) manakala insurans tidak dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC).
Majlis ini telah dibentuk oleh Bank Negara Malaysia dengan objektif meneliti dan menimbang sebarang keputusan syariah mengenai perbankan Islam dan takaful di bawah penyeliaan BNM.
4. Takaful dan insuran berbeza dari segi akadnya. Takaful mengunakan akad tabbaru’ iaitu sumbangan dan sedekah.
Manakala insuran mengunakan akad jual beli iaitu peserta ialah pembeli dan syarikat insurans adalah penjual.
Akad yang berbeza salah satu sebab menjadikan hukum untuk melanggan takaful atau insurans ini halal dan haram kerana akad ini berperanan menghapuskan unsur-unsur seperti ‘riba’, ‘gharar’ dan ‘maisir’ dalam sistem itu.
Wallahu’alam
Firdaus Ibrahim
INFAQ Consultancy
#takafulIkhlas
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran