Mana Lagi Mahal, Rancang Pusaka Atau Urus Pusaka
Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh
Rasa mahal nak buat dokumen wasiat?
Cuba lihat dan bandingkan.
Mana lagi mahal, #rancangpusaka atau #uruspusaka
Total Aset RM3.5juta, arwah tiada dokumen.
Kos urus pusaka antara 2-3% dari nilai harta (RM70k ~ RM100k).
Tapi dari pengalaman urus pusaka, caj perkhidmatan kami adalah di antara RM10k- RM30k sahaja (bergantung kerumitan kes).
Kami tidak nilai pada jumlah harta.
Jika waris muafakat, dokumen semua lengkap dan kes mudah diuruskan kami hanya caj pada kerja yang kami lakukan sahaja.
Sebab kami komited #mudahkanwaris
Nak lagi murah?
Buat dokumen perwarisan dan wasiat sekarang;
- Dokumen Asas – RM300
- Dokumen Hibah – RM2,900
- Dokumen Amanah – RM4,900
Jangan salah faham.
Buat dokumen bukan bermakna tak perlu keluar duit masa urus pusaka nanti – tetap kena sediakan dana urus pusaka tapi tidaklah terlalu tinggi dan menyusahkan waris.
Ada yang kata, rancang dan urus sendiri lagi murah.
Saya setuju.
Mungkin murah. Tapi mudah tu belum tentu jika tiada ilmu.
Cuma untuk elak buat kerja dua kali, atau kena tendang keluar masuk pejabat pusaka dan mahkamah, saya cadangkan dapatkan nasihat perunding kami.
RM100/sejam – datang ke pejabat kami, atau
RM300/sejam – kami datang ke rumah.
Kami tunjukkan cara, kaedah, prosedur dan senarai semak dokumen yang perlu disediakan.
Ini kalau nak cerita harga la.
Belum cerita nilai dan manfaat besar dari perancangan dan pengurusan pusaka yang di jalankan.
Belajar sesuatu?
Ketik ‘LIKE’ sikit untuk terus bagi semangat dan tanda sokongan untuk saya terus menulis dan berkongsi.
Kihkih.
Jangan lupa kongsikan pada rakan lain untuk manfaat bersama ya.
Lebih suka cerita begini atau kisah-kisah puaka seperti dalam grafik di bawah ni?
Saya amat alu-alukan pandangan dan komen dari kalian.
‘Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’
Aiman Zaki Salleh,
#teamINFAQ
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran