fbpx

MORATORIUM: Apa Yang Pengguna Perlu Tahu?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 333Words
  • 624Views

Kerajaan sudah umumkan bahawa bank-bank akan berikan moratorium selama 3 bulan. Tidak seperti PKP 1.0, laju BNM & bank-bank keluarkan kenyataan dan panduan tentang perkara ini.

Berikut adalah sedikit panduan tentang moratorium yang perlu kita cakna.

  1. Moratorium adalah penangguhan bayaran bulanan, bukannya pelepasan atau pengecualian bayaran ansuran bulanan.
  2. Bermakna, peminjam masih perlu bayar selepas tamat tempoh moratorium.
  3. Bayaran balik itu dalam bentuk penambahan ansuran atau tempoh ansuran dan hutang dipanjangkan. Mungkin boleh jadi kedua-duanya.

4. Jangan ingat ia percuma. There’s no such thing as free lunch. Ia ada kos dan kos tersebut perlu ditanggung oleh peminjam dalam bayaran balik selepas tamat moratorium kelak.

5. Apa pilihan lain selain moratorium? Ada, R&R. Restructured dan Refinance.

6. Restructured: Pengstrukturan semula hutang. Hutang sedia ada dipanjangkan tempoh untuk mengurangkan ansuran. Kita berurusan dengan bank yang sama.

7. Refinance: Pembiayaan semua hutang. Buat hutang baru untuk batalkan hutang lama dengan tempoh yang baru. Kita boleh berurusan dgn bank berbeza.

8. Untuk restructured, kita boleh berurusan dengan bank yang sama. Manakala untuk tujuan refinance, pelanggan bukan hanya boleh berurusan dengan bank sama malah juga boleh berurusan dengan bank berbeza.

9. Kedua-dua pilihan sama ada restructed atau refinance boleh mengurangkan bayaran ansuran hutang sekaligus membolehkan aliran tunai kita lebih baik. Tapi barang diingat, tempoh akan jadi lebih panjang.

10. Mana-mana pilihan pun, sama ada moratorium, restructured atau refinance, semua pilihan akan ada kos yang tersendiri yang ditanggung oleh pelanggan. Bank akan untung juga akhirnya.

11. Jadi, sebelum mengambil sebarang pilihan, hubungi pihak bank untuk dapatkan maklumat. Setiap bank mempunyai cara, kos dan prosedur berbeza bagi setiap pilihan.

Seorang rakan dan juga banker sebuah bank antarabangsa yang majoriti besar pelanggan adalah dari kalangan bukan Melayu, pernah berkongsi info bahawa sebahagian besar pelanggan bank tersebut tidak mengambil pilihan moratorium.
Katanya, bukan sebab pelanggan tidak terkesan akibat PKP, tapi sebab meraka tahu kos yang lebih tinggi perlu ditanggung jika mengambil moratorium.

Mana-mana pilihan yang dibuat, pihak yang pertama untung adalah bank. Maka, jadilah pengguna bijak, bukan pengguna terpijak.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
HAKIKAT BANK Bank hanya ada satu produk utama iaitu HUTANG.…