fbpx

Nilai tunai polisi: Kes sebenar

  • 8 months ago
  • 2Minutes
  • 293Words
  • 675Views

Selalu yang biasa kami daripada bakal prospek “Produk takaful ni ada saving tak?”

Sebenarnya soalan berkenaan mengandungi salah faham. Istilah yang tepat ialah nilai tunai atau cash value.

Saya huraikan panjang lebar perkara ini di sini

Dalam sebuah posting berkenaan, ada seorang follower bertanya soalan:

“Boleh beri contoh tak berapa simpanan yang dapat dari sudut angka”.

Sebenarnya, ia berbeza-beza mengikut polisi. Ada polisi yang ada nilai tunai, dan ada polisi yang tiada nilai tunai.

Ada polisi yang ada nilai tunai besar, dan ada yang niali tunainya kecil.

Jadi mana yang bagus? Polisi ada nilai tunai atau tiada nilai tunai?

Kedua-duanya bagus. Yang tak bagus ialah duk compare polisi mana yang bagus, tapi sampai ke sudah tak langgan apa-apa polisi takaful.

Sama ada polisi berkenaan ada nilai tunai atau pun tidak, ia mempunyai pro dan kontra tersendiri.

Jika polisi tanpa nilai tunai, selalunya manfaat polisi lebih besar berbanding yang mempunyai nilai tunai dengan sumbangan yang sama.

Jika polisi dengan nilai tunai pula, ia boleh menampung bayaran sekiranya berlaku short fall ke atas polisi.

Jadi, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

Yang penting ia memenuhi keperluan kewangan kita.

Contohnya polisi yang saya langgan kira-kira 17 tahun lepas ini, rujuk gambar.

Sumbangan bulanan hanyalah RM55 sebulan dengan manfaat kemat!an dan lum9uh sebanyak RM42,000 dan mempunyai nilai tunai yang tinggi.

Sehingga 31 Disember 2022, nilai tunai polisi berkenaan ialah lebih RM11,000 dan ia melebihi sumbangan bulanan yang saya bayar setiap bulan.

Sepanjang 17 tahun, saya masih kekalkan polisi ini dan dalam masa sama ada lagi polisi-polisi lain yang saya langgan.

Ini hanyalah satu contoh sahaja. Ia berbeza-beza berdasarkan produk.

Adakah ini yang terbaik? Tidak semestinya. Tapi yang terbaik buat saya ketika itu.

Jadi apakah polisi takaful terbaik? Polisi takaful terbaik ialah polisi yang dibayar carumannya.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca tulisan "kita tak perlu pun medical card RM1 juta".…