fbpx

Pandan Cendol

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 763Words
  • 577Views

Petang tadi saya singgah di food truck Pandan Cendol yang terletak di hadapan Sekolah Sungai Kertas, Batu Caves ini.

Ia baru sahaja dibuka dua hari.

Hajat di hati hendak pekena rojak dan mee rebus. Namun malangnya apabila saya sampai, food truck itu sudah hendak tutup kedai”. Atau perkataan lebih tepat “tutup food truck”.

Yang tinggal hanyalah cendol sahaja. Jadi itu sahajalah yang saya order tadi, untuk isteri dan anak-anak.

Sambil-sambil tunggu cendol-condol siap dibungkus, saya sempat berkenalan dengan penjaja tersebut.

Namanya Hidayat, umur 20 tahun, berasal dari Jawa Timur, Indonesia.

Saya sempat berceletoh dengannya tadi “Iso ngomong Jhowo sitik-sitik”. Dia kaget dan bercampur kagum, mungkin. Hahaha

Terjemahan bahasa jawa tadi “Pandai cakap jawa sikit-sikit”. Tak percaya boleh cek dengan Google Translate. Ya, saya ada darah keturunan jawa, selain Wakanda. Boleh dikira sebagai pan-Asia.

Tolong jangan muntah. Habiskan bacaan anda, baru cari tempat yang sesuai.

Hidayat sedang basuh peralatan perniagaannya.

Harga cendol dan makanan lain.

Food trucknya yang terletak depan

Siap ada gelas plastik dengan jenama sendiri “Pandan Cendol”.

Berbalik kepada kisah Hidayat tadi.

Beliau bekerja dengan Pandan Cendol sebagai pekerja kilang cendol dan penjaja jalanan. 2 dalam 1.

Pagi bekerja di bahagian pemprosesan dan petang membawa food truck berjualan cendol, rojak, mee rebus dan mee goreng.

Sebelum ini dia berniaga di kawasan lain, di Selayang. Apabila jualan di sana semakin kurang mendapat sambutan, dia ditukarkan ke situ. Kira macam kena transfer.

Seronok juga bersembang-sembang dengan beliau. Tentang bisnes dan tentang pengalamannya berniaga.

Saya sempat bertanya siapa owner di sebalik nama Pandan Cendol. Sangka saya tentu kilangnya di Pandan. Rupa-rupanya tidak. Kilangnya beroperasi tidak jauh dari situ, di Batu Caves.

Katanya, Pandan Cendol dimiliki oleh seorang usahawan Mamak Muslim.

Saya suspen juga tadi, kot-kot dia jawab taukenya India. Mujurlah Mamak Muslim. Nama taukenya, Kassim. Jadi, selari dengan BMF #bmf, Buy Muslim First.

Syarikat Pandan Cendol mengeluarkan sendiri produk cendol mereka dan dipasarkan melalui food truck jalanan sebegini. Ada 11 food truck semuanya.

Siap ada packaging sendiri untuk bekas minuman bagi cendol dan bekas makanan untuk mee rebus, mee goreng dan rojak.

Kata Hidayat, separuh hari beliau bekerja di kilang cendol dan kemudian membawa food truck ke lokasi jualan untuk berniaga cendol.

Hidayat bekerja dengan Pandan Cendol sejak setahun setengah yang lalu, sebaik sahaja tiba di Malaysia dari Indonesia.

Pada masa mula bekerja, gajinya dikira mengikut hari iaitu RM50 sehari.

Sekarang gajinya dikira ikut bulan. Mungkin selepas tamat probation dan sekarang sudah permenant.

Gajinya sekarang RM1,500 sebulan dan bekerja setiap hari tanpa cuti.

Ya Tuan-Puan, bekerja setiap hari sepanjang bulan. Dia bekerja di situ dan disediakan makan, minum dan tempat tinggal.

Bagaimana dia boleh bekerja di situ?

Katanya, ibunya juga bekerja di situ, lebih awal daripadanya. Ibunya bekerja di bahagian kilang pemprosesan. Ahli keluarga lain di kampung halaman, Jawa Timur.

Setengah hari berniaga, jualannya kira-kira 50 bungkusan cendol dan 40 bungkusan makanan sama ada rojak, mee goreng atau mee rebus.

Angka itu diperolehi daripada baki bekas minuman dan bekas makanan yang dibekalkan setiap hari oleh pihak syarikat.

Sekembalinya ke kilang, dia perlu serahkan kembali wang hasil jualan bersama baki bekas makanan dan bekas minuman.

Katanya jualan sehari kira-kira RM500.

Saya mencongak dalam hati, “Itu baru sehari.”

Saya mencongak-congak, jika sehari RM500, sebulan kira-kira RM15,000.

Ejen takaful pun belum tentu dapat production bisnes sebanyak ini setiap bulan.

Itu baru dari sebuah food truck.

Kata Hidayat tadi, Pandan Cendol ada 11 food truck lagi. Sebelum ini 12, tapi ada satu berhenti beroperasi, tinggal 11 sahaja.

RM15,000 x 11 = RM165,000!!

WOWWWW! Satu angka yang menggiurkan!

Ejensi takaful pun susah nak dapat sales sebulan RM165,000!! Hahaha

Agak-agak berapa income bersih tauke Pandan Cendol?

Saya menginsafi diri sendiri. Orang luar datang ke Malaysia untuk bekerja 30 hari sebulan dengan gaji RM1,500.

Agak-agak kalau dibuka peluang 1 lagi food truck itu, ada tak mana-mana anak muda yang sanggup mengambil peluang?

Ambil peluang untuk belajar dan kemudiannya membuka jenama cendol sendiri. Learn to earn, bagaimana tauke tersebut boleh menjaga 11 ke 12 cawangan bisnes cendol. Tentu ada rahsia, ilmu dan SOP tersendiri untuk beroperasi, sejak tahun 1990.

Teringat buku Jutawan Senyap tulisan Chef Li a.k.a Dato’ Rusly Abdullah yang pernah saya baca 10 tahun lalu yang memaparkan kisah-kisah motivasi bisnes jalanan sebegini.

Muhasabah juga untuk saya menguruskan ejensi perunding kewangan dan takaful dengan puluhan ejen tapi struggle untuk dapat bisnes sebanyak itu setiap bulan. Mungkin boleh rekrut Hidayat selepas ini.

Bagi ejen takaful yang tak dapat sales sebanyak Hidayat setiap sebulan, boleh berkira-kira beralih arah berniaga cendol. Lagipun ada 1 food truck yang kekosongan pekerja.

Afyan Mat Rawi
Pernah berniaga tepi jalan macam Hidayat suatu ketika dahulu.

p/s: Kalau nak jadi konsultan kewangan bersama INFAQ Consultancy, isi borang di sini

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan…