fbpx

Panduan asas takaful untuk pemula

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 262Words
  • 183Views

Dipetik dari FB Page Azree Hanifiah

Dibayar Mahal, Dibayar Murah

“Awak punya plan ini memang berbaloi sangat la. Syarikat lain punya plan mahal!”

Begitu kata seorang prospek selepas diberikan quotation takaful.

Sebelum kita pergi jauh, elok saya betulkan dahulu pandangan begini.

Setiap produk takaful ada kelebihan tersendiri tidak kira dari mana syarikat sekali pun.

Ada ejen takaful akan tambah ‘add-on’ rider lain dalam quotation supaya keperluan lain peserta itu juga dilindungi.

Dan setiap pertambahan add-on pastinya menambah jumlah yang perlu dibayar setiap bulan.

Jadi definisi ‘berbaloi’ itu berbeza mengikut setiap individu.

Ada orang hanya mahu perlindungan yang asas sahaja iaitu pampasan kematian, lumpuh, dan sakit kritikal. Ada orang lain tak ada masalah untuk tambah.

Apa yang kita boleh buat adalah dapatkan quotation daripada ejen tersebut.

Lihat apa yang ditawarkan oleh produk tersebut dan fikir adakah kita perlukan tambahan-tambahan tersebut.

Bak kata Warren Buffet, “Risk comes from not knowing what you’re doing.”

Jika ada yang tak difahami, kita terus tanya ejen kenapa dia tambah add-on tersebut dalam quotation.

Tugas ejen sebenarnya bantu kita memahami setiap benda yang kita ambil.

Dan jika semua add-on itu kita perlu, tanya diri sendiri adakah bajet kewangan bulanan kita mampu untuk bayar setiap bulan pelan tersebut tanpa gagal.

Dibayar murah, dibayar mahal ini bergantung kepada duit poket kita.

Polisi takaful terbaik adalah polisi yang kita bayar setiap bulan.

Belajar taichi bila berhadapan dengan ejen takaful di sini – Ebook.rahsiatakaful.com

Dipetik dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini antara kelebihan apabila melabur dalam produk-produk kewangan yang berada…