Pelaburan Alternatif : Private Mandate Account / Private Managed Account (PMA) Melalui Marketing Representative
Apa itu Private Mandate Account (Pelaburan Mandat) ?
Pelaburan Alternatif
Saya mengetahui pelaburan ini sejak 2018, dan tahun lepas (2019) barulah saya berjinak-jinak mempelajari peluang pelaburan ini secara formal dengan mendaftarkan diri sebagai Marketing Representative yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Beberapa maklumat penting guideline berkenaan Marketing Representative (MR)
FAQ Berkenan Marketing Representative
Garis Panduan Marketing Representative
Mula berani melabur
Selepas hampir setahun memantau dan cuba memahami konsep pelaburan ini, tahun ini, tahun 2020 barulah saya memberanikan diri melabur dan berkongsi. Saya berdaftar sebagai MR dengan Phillip Capital dan Interpac.
Sebagai MR, saya memperkenalkan pelanggan kepada platform pelaburan ini, yang dikenali sebagai Private Mandate Account / Private Managed Account (PMA).
Jadi saya ingin memperkenalkan platform ini kepada rakan-rakan.
Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih untuk melabur menggunakan tunai atau KWSP.
Modal minima pelaburan
Bagi pelaburan tunai, modal minima RM50,000, manakala bagi KWSP pula ialah RM30,000.
Biasanya KWSP hanya boleh dilaburkan ke unit trust sahaja, tapi melalui platform ini pelabur boleh juga melabur ke pasaran saham.
Jika pelaburan KWSP biasa yang melabur ke unit trust, pelaburan di sini boleh dipelbagaikan dalam satu portfolio unit trust.
Single License Investment! Dengan hanya satu platform, tapi boleh pelbagaikan.
Sebenarnya yang paling menarik pelaburan ini ialah, akan ada pengurus dana daripada Phillip Capital yang akan menguruskan akaun pelabur secara aktif.
Mereka akan pilih dana yang sesuai bagi pelaburan portfolio unit trust, serta akan lakukan switching secara berkala.
Oh ya, untuk makluman saya sendiri baru sahaja melabur ke sini dan saya tidak ada track record sendiri. Yang saya ada ialah track record pelanggan orang lain, yang meyakinkan saya. Apapun, past performance not indicate future result.
Kerjaya sebagai Marketing Representative juga berbeza daripada kerjaya sebagai ejen unit trust
Kerjaya sebagai Marketing Representative juga berbeza daripada kerjaya sebagai ejen unit trust.
Yang menariknya, ejen unit trust juga boleh berdaftar sebagai Marketing Representative dalam masa sama sebagai ejen unit trust. Malah, boleh berdaftar dengan lebih daripada satu kompeni. Saya sendiri berdaftar dengan Phillip Capital dan Interpac.
Biasanya, bagi ejen unit trust yang aktif akan mencadangkan dan membantu pelanggan untuk pemilihan dana dan lakukan switching. Tapi melalui platform ini, semuanya diuruskan oleh pengurus dana / fund manager yang berpengalaman, bermula daripada pemilihan dana, memantau prestasi dan switching.
Selalunya ia menjadi cabaran besar bagi ejen unit trust untuk monitor dan mencadangkan switching kepada pelanggan. Tapi melalui platform ini, MR serahkan perkara tersebut kepada fund manager.
Sales charge atau caj jualan untuk pelabur juga hanyalah 3% bagi pelaburan melalui KWSP atau pun tunai. Biasanya ia sales caj untuk pelaburan unit trust melalui KWSP menerusi ejen. Manakala bagi pelaburan unit trust secara tunai boleh mencecah ke 6%. Jadi, melalui platform ini, pelabur boleh jimatkan kos sales charge.
Bagi pelaburan saham, pelabur boleh memiliki saham-saham global dan tempatan.
Pelabur boleh memantau sendiri pelaburan mereka menggunakan portal yang dipanggil sebagai Financial Access Made Easy atau ringkasannya FAME. Portal ini disediakan oleh Phillip Capital.
Melalui portal online ini, para pelanggan akan mengetahui kedudukan pelaburan atau nilai pelaburan pada setiap hari.
Berikut contoh portfolio pelanggan produk ini:
Pelaburan dipelbagaikan ke dalam banyak kaunter saham.
Mula melabur pada 27/5/2019 . Unrealized profit sebanyak 20.77% pada 10/1/2020
Mula melabur 23/9/2019. Unrealized profit sebanyak 13.20% pada 10/1/2020
Mula melabur 13/3/2019. Unrealized profit 13.56% pada 10/1/2020
Artikel yang perlu di baca :
- Senarai Nama Marketing Representative Yang Sah
- Kerjaya Dalam Bidang Pelaburan Sebagai Marketing Representative
- Kelebihan Sebagai Marketing Representative
- Pelaburan Terbaik Pulangan Lebih 20% Menggunakan PMA
Berminat? Sila isi borang di bawah. Sama ada sebagai pelanggan atau sebagai MR.
- Berminat sebagai MR? Isi borang di sini
- Berminat sebagai pelabur? Isi borang di bawah.
Follow FB Afyan Mat Rawi, IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran