Pelaburan Dalam Perancangan Kewangan
Ini antara soalan yang saya terima dalam sesi forum malam tadi.
Soalan: Mohon makluman mengenai pro dan cons pelaburan dalam saham dan crypto currency dalam musim PKP. Juga alternatif pelaburan pasif yang lain untuk individu yang kurang makluman mengenai kewangan/IT.
Secara umumnya, pelaburan adalah langkah penting dalam perancangan kewangan. Dalam modul kewangan INFAQ, ia merupakan salah satu instrumen kewangan untuk jangka masa sederhana dan panjang, selain simpanan dan takaful.
Pelaburan
Pelaburan akan berkait rapat dengan simpanan. Jika simpanan ibarat menaiki basikal, pelaburan pula ibarat menaiki motosikal. Jika simpanan ibarat menaiki motosikal, pelaburan pula ibarat menaiki motorbike.
Jika orang yang tak pandai menaiki basikal, tiba-tiba terus menaiki motosikal, apa akan terjadi? Tentulah akan kemalangan. Lebih teruk lagi, terus bawa motosikal bawa masuk highway. Boleh kemalangan maut.
Itulah diibaratkan sekiranya orang yang tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh, terus menceburi bidang pelaburan yang berisiko tinggi seperti saham dan mata wang kripto.
Dalam kewangan ada step-step tertentu. Mulakan dengan memastikan aliran tunai positif. Lagi tinggi lagi bagus supaya dapat buat simpanan.
Simpanan
Kemudian buat simpanan setiap bulan sehingga cukup tabungan sebanyak 3 ke 6 bulan gaji sebagai kecemasan sebelum masuk ke pelaburan. Penuhkan dahulu Tabung Haji atau ASB terlebih dahulu.
Apabila sudah bersedia untuk lakukan pelaburan, gunakan wang lebihan simpanan
Ya, wang lebihan simpanan bukan wang simpanan. Maksudnya, jika pendapatan kita RM3,000, penuhkan dulu tabung simpanan itu sebanyak RM9,000 ke RM18,0000 dulu yakni bersamaan 3 ke 6 bulan gaji sebelum mulakan pelaburan.
Kemudian barulah boleh melabur gunakan duit lebihan. Bukan gunakan duit simpanan kecemasan tadi.
Boleh mulakan dengan pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana seperti unit trust, emas. Kemudian barulah masuk ke saham, kripto dsb.
Perbezaan utama antara simpanan dan pelaburan ialah pada KOS dan RISIKO. Simpanan tidak ada sebarang kos dan risiko. Ia jauh lebih mudah berbanding pelaburan.
Umpama analogi basikal dan motosikal tadi. Jika seseorang itu tidak pandai dan berdisiplin dalam melakukan simpanan yang tidak mempunyai sebarang kos dan risiko, apatah lagi untuk menceburi bidang pelaburan yang lebih berisiko tinggi?
Jika bawa basikal pun tak berapa nak pandai, apatah lagi hendak bawa motosikal dan masuk highway?
Berbalik kepada soalan, isu utama bukanlah sesuai atau tak sesuai menceburi pelaburan saham dan kripto ketika PKP. Memang sudah ramai pun yang membuat untuk dalam kedua-dua jenis pelaburan ini sebelum dan ketika PKP.
Semua pelaburan adalah sesuai pada setiap masa termasuk pelaburan emas, hartanah, unit trust dan sebagainya. Tapi persoalannya, adakah kita bersedia?
Apakah persediaan yang diperlukan? ILMU.
Jika ada ILMU, masuklah dalam mana-mana pelaburan yang ada. Sebab, berdasarkan pemerhatian dan statistik yang ada, selalunya dalam mana-mana pelaburan, hanya 20% sahaja yang betul-betul buat untung?
Selebihhya? Sama ada hanya balik modal, atau rugi.
Apa yang membezakan mereka yang untung besar, balik modal atau rugi? ILMU!
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran