Penyelesaian hutang dalam harta pusaka: Takaful dan tanggungjawab waris
Tadi terbaca satu persoalan di group PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA (PPM)
“Assalamualaikum Tuan, Puan yang dihormati..
Sepupu saya telah meninggal dunia pada bulan lepas dan telah pun menggunakan 4 kad kredit jumlah hampir 20k,
Pertanyaan saya ada kah waris yang menanggung hutang tu semua atau pun insurans yang akan menyelesaikannya..
Saya dapat info, drpd anak waris dan telah pun berjumpa dengan pihak bank mengatakan waris yang kena jelaskan semua hutang tersebut..minta kepastian drpd Tuan dan Puan..
Terima Kasih..”
Siapa nak tahu jawapan penuh saya?
Update: Ini jawapan saya di posting berkenaan. Sudikan kongsi jika bermanfaat.
Waris TIDAK mewarisi hutang tersebut.
Tapi waris boleh uruskan pembayaran hutang tersebut menggunakan harta pusaka peninggalan si mati.
Dalam turutan pengurusan harta pusaka, hutang-piutang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum diagihkan mengikut faraid.
Turutan pengurusan harta pusaka adalah sebagaimana berikut
- Kos pengurusan jenazah dan pengebumian si mati
- Bayaran balik hutang piutang si mati, jika ada. Hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.
- Harta sepencarian, jika si mati meninggalkan suami / isteri.
- Wasiat, jika si mati membuatnya ketika hidup.
- Akhir sekali, barulah diagihkan mengikut faraid.
Semua perkara di atas, hendaklah diambil daripada harta pusaka peninggalan si mati.
Sekiranya harta pusaka si mati diagihkan mengikut faraid sebelum bayaran hutang, pihak bank ada hak untuk menuntut hutang sekadar jumlah yang difaraidkan.
Ia tertakluk kepada harta yang tidak creditor-proof, seperti hibah takaful yang sudah terkeluar daripada faraid.
Tapi jika waris ingin membayar hutang tersebut secara sukarela, ia tidak menjadi satu kesalahan malah si waris yang melakukannya beroleh pahala.
Situasi di atas dengan andaian hutang kad kredit tersebut tidak ada perlindungan takaful.
Jika ada takaful, situasinya berbeza. Pampasan takaful boleh digunakan untuk membayar hutang piutang si mati.
Takaful ni tak malah pun sebenanrnya. Yang mahal ialah kesedaran. Kalau tak mampu takaful, boleh ambil takahalf. RM48 sebulan utk manfaat RM200,000 bagi usia 30 tahun. Detail di sini
Jika meninggal dunia atas apa sahaja sebab, waris akan menerima manfaat RM200,000 daripada polisi takaful yg dilanggan ketika hidup.
Selepas posting ini, ada yang tanya
“Kalau harta tak cukup untuk bayar hutang?”
Jawapan saya:
Hutang tu akan jadi hutang lapuk.
Dosa tak bayar hutang ditanggung oleh si mati.
Sad but true. Sebab itu jangan pandang enteng tentang isu perancangan pusaka. Ia bukan soal usia tua atau muda.
Tua bukan syarat meninggal dunia. Muda bukan syarat hidup lama.
Ilmu pengurusan pusaka ini terkandung dalam modul e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Berikut adalah modul berkenaan
1. Aliran tunai
2. Pengurusan hutang dan aset
3. Simpanan
4. Perlindungan takaful
5. Pelaburan
6. Penyucian harta
7. Pewarisan dan pusaka
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran