fbpx

Public Gold dan Quantum Metal (QM):Ulasan dari Abdel Rahmanov

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 497Words
  • 1475Views

Saya menjawab soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini berkenaan Public Gold.

Rakan-rakan ejen Public Gold boleh jawab isu yang dibangkitkan.

Saya kongsikan kembali tulisan daripada posting Dr Abdel Rahmanov di FB beliau

“Ramai orang bertanya tentang Public Gold dan Quantum Metal (QM). Jadi saya paparkan di sini ulasan saya.

1. Public Gold adalah pelopor dalam jual beli emas di Malaysia. Public Gold melantik syarikat Amanie Advisors Sdn. Bhd sebagai penasihat Syariah. Pengerusi Amanie Advisors Sdn. Bhd. ialah Tan Sri Dr. Daud Bakar. Beliau ialah sifu kami dan sarjana kewangan Islam antarabangsa.

2.Website berkaitan Public Gold menyatakan produk-produk emas mereka mendapat pengesahan patuh syariah daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd.

3. Pengesahan patuh syariah itu termasuk kaedah belian Bayaran Penuh, Easy Payment Purchase (EPP), dan Gold Accumulation Program (GAP), serta buyback.

4. Namun tidak dinyatakan dengan jelas takyif fiqhi(adaptasi fiqh) bagi produk-produk emas tersebut. Sepatutnya Public Gold menyatakan dengan jelas konsep syariah yang digunakan.

5. Di Dalam industri perbankan Islam, setiap bank wajib menyatakan dengan jelas konsep syariah yang digunakan dalam Product Disclosure Sheet. Walaupun Public Gold bukan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM) namun ia adalah langkah terbaik atau best practice.

5. Di antara produk Public Gold yang menimbulkan tanda tanya ialah GAP dan Easy payment Purchase. GAP ialah jual beli emas melalui akaun emas.Adakah jual beli emas ini melibatkan emas fizikal atau allocated gold?

6. Easy payment Purchase ialah jual beli emas secara ansuran. Apakah konsep syariah yang digunakan? jika kaedah ini melibatkan jual beli emas secara berhutang maka sudah pasti jual beli tu melibatkan riba.

7. Ada website ejen Public Gold mengatakan bayaran bulanan yang di bayar adalah Hamish Jiddiah (sekuriti deposit). Apabila habis bayaran Hamish Jiddiah, barulah akad jual beli emas dimeterai.

Persoalannya, adakah bayaran berkala itu memang hamish jiddiah atau bayaran ansuran bagi belian emas itu dan diberi nama ‘syariah’ hamish jiddiah supaya kelihatan halal? Kenapa sekuriti deposit dibayar berkala?

9. Public Gold juga ada menjual emas bullion secara online melalui PG Mall. Adakah jual beli emas online ini patuh syariah?

Berdasarkan hukum, jual beli emas perlu segera dan tidak bertangguh. Jika seorang itu membeli emas bulion secara online melalui PG Mall. Adakah dia akan mendapat emas bulion itu dengan segera atau apa konsep syariah yang digunakan?

.

.

15. Kesimpulannya, Public Gold mempunyai penasihat syariah. Cuma Public Gold perlu menyatakan takyif fqhi bagi produk emas mereka dan jelaskan isu-isu yang saya kemukakan agar kita berasa lebih tenang. Public Gold boleh meletakkan takyif fqhi dalam pronouncement produk-produk emas untuk rujukan pengguna.

15. Perlu diingatkan, Saya tidak mengatakan produk Public Gold dan QM tidak patuh syariah. Cuma ada beberapa isu yang perlu diperbetulkan dan dijelaskan kepada masyarakat. Moga kita mendapat maklumat pelaburan dengan jelas dan tiada manipulasi. Salam hormat.

Dr. Abdél Rahmanov

28 jun 2022″

Tulisan penuh boleh baca di sini

Dialu-alukan rakan-rakan Public Gold untuk memberi jawapan tentang isu yang dibangkitkan.

Semakan saya mendapati sijil patuh syariah Public Gold dikeluarkan oleh Amanie Advisory sejak tahun 2016 dan 2017.

Jika ada yang terbaru, kot saya tak jumpa, boleh tolong update.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi terbaca satu persoalan di group PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA…