Produk Takaful Bukan Produk Fizikal
Nak Melanggan Takaful Bukan Macam Nak Beli Teh Tarik Kedai Mamak;
“Tuan Afyan, tolong buat quotation untuk saya, boleh? Saya kerja cikgu, tidak merokok, bajet sekitar RM200 taknak medical card.”
Mungkin ada ejen lain yang menawarkan quotation takaful percuma, tapi bukan dengan saya atau team INFAQ Consultancy.
Bukan jual mahal, tapi ia berkaitan dengan profesion kami sebagai konsultan dalam bidang kewangan.
Produk takaful bukan produk fizikal macam beli teh tarik atau macam beli handphone.
Ia adalah produk yang tidak boleh disentuh dengan tangan, tidak boleh dilihat dengan mata, tidak boleh dijilat oleh lidah.
Yang disentuh, dilihat dan boleh dijilat ialah buku polisi yang tebal yang tak sampai 10% pun pelanggan takaful baca dan belek satu persatu-persatu.
Dalam buku polisi itulah yang mengandungi kontrak jaminan hitam-putih di antara syarikat dengan pelanggan, dan perunding takaful seperti kami adalah sebagai pemudahcara.
Sebagai pemudah cara, fungsi kami bukan sekadar berikan quotation “percuma”, tapi dengan penerangan dan nasihat sebelum melanggan.
Komitmen takaful adalah komitmen seumur hidup, bukan sekadar setahun dua, lepas tak berlaku apa-apa nak terminate sebab rasa rugi tak claim.
Jadi, sebelum sesuatu quotation diberikan, kami perlu mengambil masa untuk membuat analisa kewangan atau dipanggil juga sebagai “fact finding” supaya dapat berikan proposal takaful yang sesuai dengan Tuan-Puan.
Ini cara yang kami lakukan di INFAQ Consultancy, mungkin berbeza dengan ejen lain.
Jika ada perunding kami yang tidak lakukan cara ini, boleh adukan kepada saya.
Ingin aturkan sesi rundingan dengan perunding INFAQ?
Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran