Salah Faham Hibah
Salah Faham Hibah dan Hibah Takaful
Akhir-akhir ini ramai istilah “hibah” dan “hibah takaful” semakin popular. Ada yang terus menyamakan hibah dengan takaful. Walhal, ia berbeza. Ada juga yang mendakwa hibah lebih baik dari faraid. Lebih baik dari wasiat. Hibah takaful boleh bayar hutang.
Realiti dan fantasi
Bercampur aduk antara realiti dan fantasi. Jika silap percaturan, akan menjadi bebanan kepada pelanggan di kemudian hari.
1. Takaful adalah produk perlindungan
Asal hibah, mesti takaful. Asal takaful, mesti hibah. Ini paling banyak disalah erti. Sama ada oleh ejen atau oleh pelanggan. Walhal hibah dan takaful adalah 2 perkara berbeza tapi berkaitan. Takaful adalah produk perlindungan, manakala hibah pula ada proses bagaimana pengagihan takaful dilakukan.
2. Hibah adalah proses pembahagian pampasan takaful
Hibah bukan takaful dan takaful bukan hibah. Hibah adalah proses pembahagian pampasan takaful selepas berlaku kematian sahaja. Kalau tak berlaku kematian, maka tidak berlaku hibah. Macam rumah dengan pintu. Jika rumah ibarat takaful, maka hibah ibarat pintu. Tapi bukan satu-satunya pintu. Rumah pun ada pintu depan dan pintu belakang, kan?
3. Cara lain pembahagian pampasan
Selain hibah, ada banyak lagi cara pembahagian pampasan kematian takaful seperti penamaan, absolute assignment. Daripada penamaan pula, boleh jadi ia menjadi faraid. Manakala daripada absolute assignment pula boleh jadi untuk bayar hutang, waqaf dan sebagainya.
4. Hibah bermaksud hadiah
Hibah bermaksud hadiah. Bagi duit singgit pun dah dikira sebagai hibah. Bagi pen harga singgit dua pun boleh dikira hibah. Tak tunggu ada takaful baru nak dikira sebagai hibah.
5. Beza Hibah takaful dengan Hibah harta
Bezakan antara hibah dalam takaful dengan hibah harta. Hibah takaful termaktub dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 tapi tidak bagi hibah harta.
6. Hibah takaful untuk bayar hutang?
Hibah takaful untuk bayar hutang? Ini satu lagi salah faham. Kan hibah tu bermaksud hadiah? Duit yang kita dah bagi orang lain sebagai hadiah, takkan kita nak minta orang tu bayar hutang kita guna duit yang kita hibah tadi? Ini antara salah faham terbesar dalam industri takaful. Silap percaturan, memberi masalah lain di kemudian hari apabila pelanggan meninggal dunia dan meninggalkan hibah takaful, dengan harapan dapat selesaikan hutang.
7. Hibah tiada kaitan dengan faraid
Hibah lagi mudah daripada faraid? Hibah gantikan faraid? Sebenarnya, apabila hibah dilaksanakan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka maka tidak ada lagi urusan faraid di situ. Urusan hibah adalah ketika hidup manakala faraid adalah selepas kematian. Hibah terkeluar daripada faraid.
8. Hibah vs Wasiat
Tapi kena ingat, ramai yang ingat dia sudah lakukan hibah harta tapi rupa-rupanya tidak. Jika dalam dokumen wasiat ditulis “pemilik harta nak hibahkan harta selepas mati” – ia tak jadi hibah, tapi jadi wasiat. Maka ia tertakluk kepada persetujuan ahli waris faraid lain.
Setakat ini 8 dulu. Nanti lain saya tambah. Ada nak tanya atau tambah?
Sambungan di sini
Belajar ilmu kewangan? Klik BukuBMW
Hibah takaful SEHINGGA RM SEJUTA dengan hanya sumbangan RM100? Klik di sini
Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA
Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran