fbpx

Saya Bukan Pengampu dan Pentaksub

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 600Words
  • 346Views

 

Jika ada yang pelik kenapa saya beberapa kali menulis isu ini, suka saya kongsikan balik posting lama saya tahun lepas.

Baca artikel di sini

Saya tegaskan bahawa saya menentang scammer termasuk scammer kesihatan, produk sampah dan overclaim.

Namun dalam masa sama juga saya tidak berkompromi dengan perbuatan fitnah dan cyberbully.

Atas prinsip saya ini, sebuah page yang kononnya anti scammer tanpa identiti, memusuhi saya dan menjadikan saya sebagai sasaran fitnah dan cyberbully mereka. Page putus wayar ini memusuhi saya sehingga kini dengan beberapa kali cubaan mengfitnah.

Rakan-rakan yang lama follow saya tahu perkara ini. Bagi yang tak tahu menahu, boleh baca posting di bawah.

Baca artikel di sini

Baca artikel di sini

Selama saya melawan scammer, tak pernah saya mengfitnah scammer dan musuh-musuh saya seperti Norsham Alfafa, Tok Belagak Darul Emas Perak, Dr Rozaini Kopi Pak Belalang dan sebagainya.

Apabila saya katakan mereka scammer, saya sertakan hujah dan fakta. Bukan sekali dua saya dapat ugutan saman. Malah ada antara scammer yang hantar samseng bounzer ke pejabat untuk ugut saya tarik balik posting Facebook.

Tidak cukup dengan itu, ada yang mengheret saya ke mahkamah. Justeru, saya dapat rasai apa yang Dr Sakinah Sulong rasai. Bukan senang naik turun mahkamah. Banyak kos dan masa dihabiskan. Atas dasar itu saya kongsikan poster ini.

Kisah-kisah melawan scammer ini pernah saya bukukan dalam naskhah buku Tersontot Di Pintu Shorga pada tahun 2017.

Itulah namanya perjuangan.

Atas dasar perjuangan ini, saya memang menyokong mana-mana pertubuhan, doktor, ahli farmasi yang melawan scammer kesihatan, produk sampah dan overclaim.

Ini sokongan saya kepada pertubuhan Medical Myth Buster. Baca di sini.

Ini pula sokongan saya kepada Dr Sakinah Sulong sejak tahun lepas beliau dihadapkan ke mahkamah. Baca di sini

Mungkin ada yang anggap saya lalang, keliru, play safe. Maaf, saya tak pandai nak jadi pengampu dan taksub. Sokongan kita kepada sesuatu pihak tidak menjadikan kita terima 100% semua yang mereka lakukan.

Kita ada akal yang waras dan otak yang Allah beri, fikirkanlah sewajarnya.

Apa yang saya sangat kesalkan ialah page fitnah putus wayar yang sudah banyak kali kantoi mengfitnah itu disokong oleh segelintir doktor-doktor.

Tak dapat dinafikan, page putus wayar itu ada jasa untuk melawan scammer namun perbuatan fitnah tak boleh dibiarkan berleluasa. Adakah ia normalisasi yang ingin kita bawakan?

“Dia ada jasa, jadi kita kena sokong walaupun buat fitnah”, ini seolah-olah normalisasi yang sedang dilakukan.

Saya sudah diblok oleh beberapa page kesihatan yang memperjuangkan isu ini hanya kerana saya tanyakan adakah admin mereka ada detail kertas penghakiman kes ini. Malah juga diunfriend dan diblok oleh beberapa doktor dan ahli farmasi yang tidak setuju dengan cara dan pendirian saya. Walhal selama ini kami berkawan di FB.

Maaf rakan-rakan doktor dan ahli farmasi, saya tahu kalian ada jasa sebagai frontliner kepada masyarakat. Namun dengan menyokong page fitnah putus wayar, bermaksud kalian juga penyokong fitnah. Bukan semua, hanya segelintir.

Jika ada yang tertanya-tanya kenapa saya ikuti dan kerap ulas isu ini, adalah kerana saya tak sabar nak melihat wajah-wajah admin page fitnah putus wayar itu dibawa ke pengadilan.

Untuk makluman, plaintif yang menang saman fitnah ke atas Dr Sakinah, juga sedang memaganbil tindakan undang-undang terhadap page pengfitnah putus wayar.

Melawan fitnah tak bermaksud kita sokong produk sampah overclaim oleh sang scammer kesihatan. Melawan scammer kesihatan pula tak bermaksud kita sokong fitnah.

Saya sokong perubatan moden. Semua anak-anak saya lahir di hospital dan divaksin mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan.

Dunia bukan hanya hitam dan putih.

Pendirian saya jelas, kita takkan berkompromi dengan scammer kesihatan, produk sampah dan overclaim. Atas dasar itu saya kongsikan poster ini sebagai simbolik sokongan saya terhadap usaha ini.

Nak derma, derma.

Taknak derma, sudah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
The comeback is real. Liat betul orang tua ini. Tak…