fbpx

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 237Words
  • 233Views

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan.

3 perkara ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Fungsi ketiga-tiganya adalah berbeza, maka instrumen yang digunakan juga berbeza-beza.

#FUNGSI

SIMPANAN – untuk dana kecemasan & dana jangka masa pendek dan sederhana.

-Dana kecemasan utk situasi tidak diduga seperti paip bocor, duit hilang, kereta rosak dll

– Dana jangka masa pendek dan sederhana – spt deposit beli rumah, deposit beli kereta

PERLINDUNGAN – untuk perlindungan kewangan bagi menghadapi 3 musibah besar; kematian, hilang upaya (sementera atau kekal), sakit kritikal.

PELABURAN – untuk penyediaan dana jangka masa panjang, seperti persaraan, dana pendidikan anak, menunaikan haji.

#INSTRUMEN

SIMPANAN – gunakan akaun simpanan, Tabung Haji atau ASB

PERLINDUNGAN – gunakan takaful untuk perlindungan pendapatan, pengekalan aset dan penyelesaian hutang

PELABURAN – gunakan unit trust, saham, hartanah, emas, dan sebagainya.

#PERUNTUKAN#KEWANGAN

SIMPANAN – Peruntukan 10% sebulan, untuk mengumpulkan minima tabungan kecemasan minima 3 ke 6 bulan gaji

PERLINDUNGAN – Peruntukan 5% – 6% % sebulan untuk polisi takaful bernilai 10 tahun pendapatan bagi perlindungan kematian dan sakit kritikal. Manakala 4% – 5% lagi untuk medical card.

PELABURAN – Peruntukan 10% sebulan untuk menyediakan dana persaraan untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang. Peruntukan ini juga akan jadi 20% apabila peruntukan untuk SIMPANAN sudah mencukupi. Jumlah sasaran untuk dana persaraan bersamaan dengan perbelanjaan 10 tahun selepas tempoh persaraan, selalunya lebih RM1,000,000.

#NOTA: Tidak ada sebarang produk kewangan di dunia yang mampu memenuhi ketiga-ketiga keperluan kewangan di atas secara serentak.

Afyan Mat Rawi

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
8 STEP SANG SCAMMER Bagaimana scammer memerangkap mangsa? STEP 1:…